Lelaki Tua Gay Ganggu Pelancong Asing Dalam MRT Di Singapura

Share This:

Seorang lelaki tua di Singapura melakukan onar apabila cuba mendapatkan khidmat seks daripada seorang pelancong luar negara di dalam tren MRT secara terbuka sehingga ia kelihatan amat memalukan.

Lelaki berkenaan yang berumur dalam lingkungan 60-an menuduh pelancong berkenaan adalah seorang homoseksual dan mahu lelaki mengadakan hubungan seks dengan dirinya.

Pada pengetahuan biasa kita, dengan keadaan umur sebegitu, biasanya tidak ada orang yang masih bersikap homoseksual tetapi di Singapura ada gay yang sudah tua dan umur sebegitu lanjut.

“Saya mahu kamu mengadakan hubungan seks dengan saya malam ini,” katanya di dalam tren yang dipenuhi penumpang.

Biarpun sudah dikatakan bahawa lelaki tua itu bersikap kurang ajar, tapi lelaki berkenaan tidak berhenti cuba mengajak lelaki asing berkenaan mengadakan hubungan seks walaupun cuba dihalang oleh teman wanitanya.

“Tolong jangan sentuh saya sekali lagi, jangan sentuh saya lagi,” kata lelaki yang menjadi mangsa itu.

Dalam satu keadaan tiba-tiba lelaki tua itu meminta untuk mencium pelancong berkenaan dan keadan menjadi sedikit kecoh.

Kemudian datang seorang lelaki yang berbincang dengan lelaki gay berkenaan dan menenangkannya kerana dia sudah berani menampar muka pelancong berkenaan.

Daripada pemerhatian, lelaki itu walaupun mengaku dirinya seorang homoseksual tetapi dia seperti ada masalah kurang waras kerana berani bertindak sedemikian rupa di tempat awam.

Cara pemakaian lelaki berkenaan juga tidak terurus dan tidak kelihatan seperti dia seorang yang waras.

Para netizen jelas terkejut apabila tidak mempercayai di Singapura ada warga tua yang masih bersikap homoseksual dan berani meminta melakukan perbuatan tidak senonoh di khalayak ramai. –  pru14.tv

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*