Layan Dadah Lepas Pencen, Bekas Pemain Bola Sepak Kebangsaan Ditahan Polis

Share This:

Seorang bekas pemain bola sepak kebangsaan era 90-an ditahan pegawai dan anggota Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Pahang dalam operasi di sebuah premis judi di Chendor, Kuantan.


Pemain posisi pertahanan berusia 48 tahun itu didapati positif dadah syabu.


Alasan yang diberi, “Selepas tamat karier bola sepak, kehidupan saya menjadi tertekan kerana tiada kerja dan pendapatan tetap, malah ramai rakan mengambil dadah ketika pulang ke kampung hingga menyebabkan saya turut terjebak dalam gejala itu.”


Memetik laporan Harian Metro, lelaki yang pernah menyarung jersi pasukan bola sepak Pahang itu mendakwa segalanya bermula apabila menamatkan kerjaya sebagai pemain profesional pada 1996.

“Pada mulanya mereka ajak hisap ganja, lama-lama saya hisap syabu pula. Selepas bersara, hidup memang tertekan kerana tiada pendapatan dan gaji tetap menyebabkan saya ikut rakan untuk menghilangkan tekanan.

“Saya tahu ia salah dan memang ada niat untuk berhenti,” katanya.


Operasi dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) itu melakukan serbuan di beberapa kawasan seperti di Sungai Ular, Cherating, Chendor dan Beserah itu berjaya menahan seramai 30 penagih berusia 18 hingga 54 tahun.

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*