Kekayaan Luar Biasa Diragui, Rumah RM 1.2 Juta Pemimpin PKR Disita

Share This:

Kekayaan yang dilihat sebagai luar biasa menyebabkan sebuah rumah milik seorang pemimpin PKR telah disita oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Menurut sumber, rumah bernilai RM1.2 juta itu disita bagi melengkapkan siasatan berhubung dakwaan tersebut.

mStar Online menyatakan pemimpin itu dijangka dituduh mengikut Seksyen 32(8)(c) dan Seksyen 89 Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFAPUAA) atas kesalahan memberi keterangan dan dokumen palsu ketika proses siasatan dijalankan.

Walau bagaimanapun tiada ulasan lanjut diterima dari Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM Datuk Azam Baki berkenaan kes berkenaan setakat ini.

Selain rumah bernilai jutaan ringgit, pemimpin tersebut juga dilaporkan memiliki beberapa kereta mewah.

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*