KE7B Berjaya Jejak Kaki Ke Titik Tengah 90 darjah

Share This:

Penjelajah Kutub Utara(KE7B) berjaya melakar satu lagi sejarah dalam siri penjelajahan mereka. Tiga penjelajah itu yang terdiri daripada ikon sukan lasak negara, Muhammad Muqharabbin Mokhtarrudin, 35; atlet dualthlon dan triathlon negara, Shahrom Abdullah, 38; dan Muhammad Irwan Yusoff Abdullah, 37 menjejakan kaki ke titik teratas kutub utara tepat pukul 5.06 minit petang waktu Kutub Utara atau 11.06 malam waktu Malaysia.

Memetik status yang dimuatnaik di facebook   Akmar Hisham Mokhles :-

Alhamdulillah, Qobin, Shahrom dan Boiy baru menghubungi saya dan memaklumkan mereka telah selamat tiba ke titik tengah 90 darjah tepat pukul 5.06 minit petang waktu Kutub Utara atau 11.06 malam waktu Malaysia.Perjalanan mereka jadi lambat berikutan kawasan laluan mereka mula mencair sehingga menyebabkan ada antara bahagian ais terpisah oleh air laut sehingga 30 meter jaraknya. Disebabkan itu mereka perlu mencari laluan alternatif sejauh kira-kira 8 batu untuk mengelakkan laut yg mula mencair untuk sampai ke garisan penamat. Kini helikopter sedang digerakkan untuk mengambil mereka di titik tengah 90 darjah untuk diterbangkan segera ke Kem Ais Barneo Station.

Penerbangan helikopter dijangka mengambil masa kira-kira 35 minit. Saya juga dimaklumkan oleh Qobin yang mereka akan diterbangkan ke Longyearbyen, Norway dari Stesen Barneo dengan kapal terbang malam ini juga memandangkan landasan terbang ais di stesen tersebut juga sudah mula retak dan cair. Koordinasi sedang dibuat supaya mereka semua berjaya keluar dari Kutub Utara dengan selamat.

Apapun setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada tiga anak muda ini yang kental mengharungi cabaran di kutub yang sangat asing dan ekstrem ini.

Tahniah juga untuk Qobin. Kejayaan ini adalah hadiah paling indah untuk dirinya yang genap berusia 35 tahun pada hari ini. Selamat Hari Lahir Qobin yang juga ketua penjelajah untuk ekspedisi ini. Kami di Malaysia amat berbangga dengan kejayaan 3 anak muda yang berasal dari Kuala Lumpur, Kelantan dan Sarawak ini.

PRU14.tv mengucapkan tahniah kepada wira negara ini.

  • PRU14.tv

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*