Jurulatih Tottenham U23 Dimasukkan Ke Hospital

Share This:

JURULATIH Tottenham bagi pasukan di bawah umur 23 tahun (U-23) dimasukkan ke hospital selepas disyaki terkena serangan jantung di pusat latihan kelab itu.

Ehiogu rebah semasa melatih di akademi kelab itu pada pagi Khamis.

Beliau mendapat rawatan segera daripada pegawai perubatan Spurs.

Bekas pemain Aston Villa berusia 44 tahun itu kemudiannya dibawa oleh pasukan paramedik ke hospital.

Tottenham menerusi laman web kelab mengesahkan insiden tersebut.

“Semua di kelab mengucapkan salam sejahtera kepada Ugo dan keluarganya,” kata jurucakap kelab. – Mail Online

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*