Inilah Jadinya Bila Ego Diangkat Setinggi Langit

Share This:

Diri saya ini adalah seorang suri rumah dan ada seorang anak lelaki berumur setahun lebih. Saya dah berkahwin dengan suami kira-kira dalam 2 tahun lebih. Pada awal perkahwinan semuanya baik-baik sahaja. Masa tu belum ada anak. Suami seorang penjawat awam dan hidup kami Alhamdulillah dilimpahi rezeki seadanya.

Bermula kisah apabila suami pada satu hari mnyatakan nak berniaga. Saya pun bersetuju saja sebab sangkaan saya niaga kecil-kecil ataupun online. Tapi sangkaan saya silap bila dia mula buat loan bank berjumlah puluhan ribu. Katanya, nak sewa kedai. Saya tak setuju dan bimbang jadi apa-apa yang tak baik kami tiada pengalaman langsung.

Namun dia tetap dengan keputusannya. Apatah lagi dapat persetujuan juga daripada mak ayahnya serta adik-beradiknya. Saya terpaksa akur dengan sewa kedai yang tinggi dia tetap ingin teruskan niatnya dan membuka kedai pakaian. Semasa perniagaan bermula saya jarang pergi ke sana dan saya tak mahu mnguruskan kedai. Adik perempuan dia yang uruskan. Saya mngandung dan alah teruk. Dia sering memarahi saya dan seolah-olah benci dengan saya sebab tidak menyokong dia.

Saya tak berapa dikisahkannya muntah ke tak larat ke nak makan apa-apa pun dia tak kisah. Kedai tak untung pun tak maju. Sewa kedai pun bayar pakai duit loan. Lama-lama duit loan habis dia buat loan baru. 3 kali juga la loan dibuat. Saya nasihat elok-elok supaya tutup saja kedai tu tapi dia marahkan saya pula. Adik perempuan dia larang dia jangan tutup kedai tu. Jadi dia dengar cakap adik dia dan terus juga buka. Masa tu la duit makin habis dan duit gaji dia pun masuk untuk kedai.

Selepas 6 bulan dia dah tak ada duit lagi baru dia setuju untuk tutup tapi tak guna dah masa tu sebab duit gaji dia pun sampai beribu potong untuk loan sahaja, bayar kereta, rumah sewa, tinggal rm300 saja untuk perbelanjaan harian. Ya Allah. Macam mana nasib saya ni dengan anak yang bakal lahir ni. Sampai kandungan saya sarat 8 bulan, kami makan nasi dengan telur dan kicap sahaja. Saya tak berkesempatan nak mengidam yang special-special. Sampai masa saya admit ward untuk bersalin.

Dia seringgit pun tak ada. Mak saya lah yang bagi duit untuk dia pergi kerja, minyak kereta, top up dan lain-lain. Anak saya lahir pun mak yang belikan keperluan dan bayarkan tukang urut untuk saya. Suami dah tak ada tanggungjawab langsung terhadap saya dan anak-anak. Dah tak ada duit. Sampai sekarang ni ank dah umur setahun lebih kami masih lagi hidup merangkak. Makan telur dan ikan sardin. Roadtax kereta mak saya tolong bayarkan juga, tayar pecah, kereta nak kena tarik, susu anak, makan minum. Banyak mak saya tolong.

Mak ayah dia sesen pun tak tolong. Adik beradik dia semua senang lenang lepas tangan. Saya kesiankan anak-anak saya sampai umur setahun lebih tak pernah merasa pergi berjalan-jalan ke taman atau pantai. Jarang merasa baju baru, merasa dibelikan mainan. Kami duduk dalam rumah ibarat dalam gua yang tiada siaran tv, duduk la mngenang masa depan.

Walau bagaimanapun, saya masih bersabar sebab saya percaya Tuhan sedang menguji kami setakat mana kemampuan kami. Sebab Dia sayangkan kami. Setiap hari saya memujuk hati. Suami tak pernah mengaku silap dan memujuk saya. Dia tetap dengan egonya. Bila senang dia utamakan keluarga dan adik beradik dia. Masa susah mak saya rela dan ikhlas menolong. Masa susah mak sayalah penyelamat. Jadi kalau sesiapa ada dugaan dalam rumahtangga sabarlah selagi terdaya.

-pru14.tv-

Comments

comments

One thought on “Inilah Jadinya Bila Ego Diangkat Setinggi Langit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*