Impian Malaysia  DAP Bakal Jadikan Melayu Sebagai Hamba

Share This:

Sekiranya orang Melayu terus membiarkan UMNO menjadi semakin lemah dengan melengahkan proses perubahan kepimpinan maka malapetaka besar akan pasti menimpa bangsa Melayu. Kepimpinan Melayu dalam UMNO pada hari ini begitu lemah sehingga menyebabkan rentetan peristiwa hitam dalam sejarah orang Melayu akan berulang.

Budaya menafikan masalah yang dihadapi selama ini menyebabkan UMNO semakin kehilangan sokongan.Budaya ketakutan menyergah masalah ini telah lama menular dikalangan kepimpinan UMNO . Ini adalah disebabkan kerna  tercalarnya popularity yang dibina dan ketakutan akan jawatan yang dipegang  berubah tempat

Tetapi hal ini amat berlainan sekali dengan budaya politik yang menjadi amalan DAP sejak dahulu lagi sehingga  sekarang. DAP dalam kemelut politik  yang dihadapinya terus mencipta berbagai konflik dan propaganda  terhadap UMNO.

DAP telah menkaji bahawa kebanyakan kepimpinan dari UMNO tidak akan berani menyuarakan  bantahan terhadap isu  atau konflik yang dibangkitkan atas kerana  takut kehilangan segalanya dan juga  untuk menjaga nama agar tidak tercalar.

Kesempatan ini lah yang digunakan oleh DAP sejak dahulu untuk memanipulasikan setiap hujah dan kenyataan yang dikeluarkan oleh pemimpin UMNO, walaupun pada dasarnya ianya benar dan tepat.  DAP dalam segala usaha strategi untuk menjatuhkan UMNO terus menyebarkan setiap kenyataan itu adalah pembohongan.

Secara terangannya DAP terus meyerang UMNO dan  setiap serangan yang dilakukan itu dibiarkan menjadi barah oleh kepimpinan UMNO. Rata-rata dikalangan pemain media melihat bahawa apa yang dibangunkan melalui kursus  oleh UMNO kelihatan tidak mendatangkan kesan yang baik sebagai gerak gempur terhadap UMNO.

Dengan ruang dan peluang yang diberikan, DAP terus tanpa ada rasa segan dan sembunyi  menyebarkan ideologi Malaysian Malaysia mereka yang selama ini disebarkan melalui kiasan sahaja. Malah DAP sudah berani melakukan penjenamaan semula  konsep Malaysian Malaysia  yang penuh dengan penipuan.

Untuk rekod,  Impian Malaysia diperkenalkan penasihat DAP, Lim Kit Siang sekitar Julai 2013 selepas keputusan PRU 13 merupakan satu manifestasi harapan dan visi parti itu bagi menghadapi PRU yang akan datang.

Ramai pemerhati politik melihat bahawa  DAP telah mendapat “turning point” dalam kebangkitan sokongan terhadap mereka apabila  berakhirnya PRU13. DAP telah menjadi “Big Boss” kepada  parti sekutunya yang di pimpin oleh Melayu yang kecewa didalam UMNO dan juga PAS.

Sikap kegelojohan pemimpin Melayu dalam perebutan kerusi pilihanraya yang ingin dipertandingkan  telah membuka mata DAP bahawa dengan membenarkan  PKR bertanding  melalui 99 calon dan PAS 73 calun telah mengekapkan mata pemimpin Melayu pakatan dengan  beranggapan bahawa DAP bukan sebuah parti yang gila kuasa.

Anggapan sebeginilah yang dinantikan oleh DAP untuk memudah baginya menjalankan jarum  serta kuasa pemutus dikalangan Pakatan Harapan yang diketuai oleh orang Melayu.  DAP dengan berbekalkan 51 calon telah meletakkan kesemua calon dikawan potensi menang,

Sebagaimana perancangan, akhirnya DAP memenangi 38 Ahli Parlimen; PKR memperolehi 30 Ahli Parlimen dan PAS, 21 Ahli Parlimen. Secara tidak langsung  dalam perjanjian konsesus yang dipersetujui , maka DAP adalah sebuah parti yang dominan diantara PAS dan PKR ketika itu.

Dengan kuasa tersebut, DAP mula menjalankan agenda Malaysian  Malaysia yang dibawa oleh sekutu dalam pakatan hingga  kepada sokongan  terhadap penghinaan terhadap agama Islam yang Maha Suci.

Kebijaksanaan taktikal perang saraf DAP yang diketuai Kit Siang sekali gus telah meletakkan Melayu dibawah telunjuk DAP. Setiap cadangan dan keputusan yang dibuat oleh DAP tidak mampu disanggah oleh mana-mana pemimpin Melayu dalam pakatan  termasuk Mahathir sendiri.

Dengan keputusan itu telah mendorong Kit Siang memperkenalkan kempen baharu yang dinamakan ‘Impian Malaysia’ di atas dua faktor. Impian Malaysia adalah penjenamaan semula “Impian DAP”  yang mana telah menyembunyikan  agenda Malaysian Malaysia untuk mengaburi mata pemimpin Melayu.

Dalam hal ini, PKR , PAN dan PPBM akan dikerah untuk melakukan gerak kerja untuk menawan Putrajaya  sebagai satu bentuk gabungan yang mana  DAP adalah ketua dalam segala keputusan yang bakal dibuat nanti.

Sememangnya  jawatan Perdana Menteri tidak pernah diimpikan oleh DAP kerana ianya telah dimaktubkan syaratnya di dalam Perlembagaan Malaysia, Namun jawatan Timbalan Perdana Menteri dan menteri kewangan akan menjadikan DAP lebih berkuasa terhadap Perdana Menteri.

Ini lah yang sebenarnya  impian Malaysia yang dilaungkan oleh DAP. Dalam perancangan strategik DAP, Kit Siang dengan mudah membuka sedikit ruang kepada bukan Cina terutamanya Melayu-Islam dan Bumiputera di Sabah serta Sarawak untuk mendapat sokongan dan menambah kerusi Impian Malaysia mereka.

Walaupun ruang dibuka kepada bukan Cina menyertai DAP, namun ia hanya sekitar kurang daripada 30 peratus sahaja untuk memastikan parti itu kekal menjadi hak milik kaum Cina yang sentiasa diketuai oleh Dinasti Lim.

Seterusnya pemimpin Melayu didalam Pakatan akan terus menjadi hamba tebusan kepada DAP dan  menjadi sebahagian dari pengkhianat terhadap bangsa sendiri dan agama Islam dan membawa  ke arah kemusnahan satu bangsa, adat , budaya yang akan dilenyapkan demi Malaysian Malaysia yang disokong oleh mereka.

Justeru itu seharusnya  orang Melayu sedar tentang perancangan licik DAP untuk memperbodohkan orang Melayu dalam mencapai  matlamat untuk menjadikan Malaysia sebagai milik keluarga Lim dan seterusnya membina Malaysia mengikut acuan mereka sendiri.

  • PRU14.tv

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*