Emma Maembong Gigih Buat ‘Surprise’ Untuk Kamal Adli Di Hospital

Share This:

Amboi Emma, dalam sakit-sakit pun sempat lagi nak menyambut ulang tahun kekasih tersayang ya?


Beberapa hari lalu, pelakon Emma Maembong memuat naik sebuah gambar di laman Instagram (IG) miliknya yang sedang bergambar dengan Kamal Adli sambil memegang hadiah ulang tahun kelahiran pemberian Emma.

Foto:IG Emma

“Selamat ulang tahun Kamal Adli. Maaf kena jaga saya di hospital pula, ketika hari jadi awak. Nampak sangat muka tak cukup tidur.

“Walaupun tak berapa sihat, gigih saya nak buat kejutan untuk awak. Harap awak suka,” tulisnya.


Tak mahu kalah, Kamal Adli juga memuat naik sebuah gambar di IG ketika menjaga buah hati pengarang jantungnya. ‘Sweet habis’ lah katakan!



Foto: IG Kamal

“Ya Allah kau sihatkanlah cepat gadis baik ini. Kuatkan semangat dia ya.

“Harap yang baca ni doa yang baik-baik.

“Sakit-sakit pun cantik,” coretnya.Gigih betul nak rai hari ulang tahun kekasih sampai sanggup lupakan sementara kesakitan tu.

Namun begitu, gambar dimuat naik di laman Instagram sendiri, foto Kamal sedang menjaga Emma yang sedang sakit dan mendapatkan rawatan di hospital, telah mendapat kecaman yang mengundang kemarahan aktor itu.

“Bila interview tak mengaku couple. Sekarang risau bagai macam couple, meluat pula. Emma ini attract attention, tukar-tukar jantan. Tak sesuai Kamal dan Emma, Emma dan Zizan saja yang sesuai,” komen individu yang dikenali sebagai Vogue Face.

Pada masa sama peminat yang membaca komen itu turut marah dan ramai yang tidak berpuas hati terhadap individu yang tidak kenali identiti sebenarnya. Kalau yang membaca pun rasa bengang, bengang lagi Kamal.

“#silameninggal,” balas Kamal kepada individu berkenaan ringkas dan padat.

Apapun, semoga hubungan mereka sampai ke jenjang pelamin la ya. Cepat sembuh Emma!

Comments

comments

Related Post

One thought on “Emma Maembong Gigih Buat ‘Surprise’ Untuk Kamal Adli Di Hospital

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*