Di Youtube, Adam Rosly Mengaku Beli Banglo Dengan Pinjaman Bank

Share This:

Ketua Angkatan Muda PKR, Ampang Datuk Adam Rosly dalam siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) cuba menipu SPRM dengan memberikan keterangan serta dokumen palsu berkaitan pembelian rumah banglo yang bernilai RM1.2 juta itu.

Menurutnya, dia membeli rumah banglo rupa ala ‘Disneyland’ itu dengan wang tunai melalui beberapa sumber pinjaman dari peminjam wang haram (Ah Long), ahli keluarga dan sumber perniagaan.

Bagaimanapun, keterangan yang diberi kepada pihak SPRM itu disahkan palsu dan hari ini dia didawa di Mahkamah Sesyen Jalan Duta, kerana memberikan kenyataan serta dokumen palsu.

Dalam video Youtube bertarikh 18 November tahun lepas, Adam telah dikantoikan menipu orang ramai pula apabila dikatakan dalam video itu, dia membeli rumah berkenaan melalui bank.

Mana satu betul ni? SPRM pun cuba ditipu inikan pula pengundi dan rakyat biasa.

“Saya nak sebut, rumah itu saya beli dengan bank,” katanya di video berkenaan di saluran MalaysiaGazetteTV pada tarikh berkenaan.

Dengan SPRM Adam kata beli rumah secara tunai dan pinjam Ah Long kerana tidak dapat pinjaman bank, dengan rakyat dia kata rumah berkenaan dibeli dengan bank.

Kalau benar rumah itu dibeli dengan cara yang betul, kenapa perlu Adam membuat kenyataan palsu kepada pihak SPRM sehingga mendapat bencana dan didakwa atas pertuduhan berkenaan di mahkamah.

Ini baru tuduhan berkaitan keterangan palsu ketika dalam siasatan belum lagi tuduhan berkaitan kekayaan luar biasa yang disiast di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLA) 2001.

Menceritakan bagaimana memperoleh wang untuk membeli rumah ala Disneyland di Ampang, Adam Rosly memecahkan sumber-sumber dana itu seperti berikut:

Pinjaman berjumlah RM500,000, berkemungkinan lebih atau kurang, daripada “Along Leo”.

RM100,000 daripada ibu mentua dan RM100,000 daripada nenek (nenek baru meninggal dunia).
RM250,000 daripada hasil jualan kereta dan gaji pengurusan flat.
RM250,000 hasil perniagaan secara langsung dan tidak langsung.
Bagaimanapun pada 22 Februari, Adam Rosly memperbetulkan kenyataannya.

Katanya dia meminjam RM555,165 daripada Leo untuk tempoh dua tahun dan untuk menyokong pengakuannya itu, beliau mengemukakan dokumen sokongan kepada SPRM.

Daripada jumlah itu Adam Rosly berkata dia sudah membayar semula sebanyak RM302,050 dan masih berhutang RM253,115. – pru14.tv

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*