Bila Sedap Bersama, Bila Sakit Tanggung Sendiri

Share This:

Kata orang tua-tua, kawan ketawa amat mudah dicari namun untuk mencari seorang kawan menangis, terlalu sukar untuk didapati. Inilah lumrah dunia sekarang. Kita akan berhadapan dengan kesukaran untuk mendapatkan kawan sejati. Semasa kita senang dan mewah, bersusun orang akan mengikut di belakang namun apabila berhadapan dengan kesukaran, maka kita akan dibiarkan keseorangan.

Inilah nasib yang menimpa anak muda “terlajak” kaya, Adam Rosly yang juga Ketua Angkatan Muda Keadilan Ampang. Tahun lalu, wajahnya kerap terpampang di media sosial mahupun media cetak atas kekayaan luar biasanya pada usia 27 tahun. Semua ini bermula sebaiik sahaja Ketua Bahagian UMNO Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos mendedahkan kekayaan Adam Rosly dengan pemilikan sebuah rumah banglo ala Disneyland di Ampang.

Bertitik tolak dari situ, ramai yang ingin mengetahui, bagaimana Adam Rosly mampu mengumpul kekayaan berkenaan. Malah, ketika tinjauan dilakukan terhadap akaun media sosial miliknya, dia cukup bangga memiliki aset bernilai jutaan Ringgit dalam usia yang cukup muda. Ketika ditanya kepada Adam, dia mengakui dia menjalankan perniagaan namun enggan mendedahkan perniagaan apa yang sedang diusahakan.

Dalam satu sidang media, dia ditemani oleh tidak kurang dari 10 orang pengikut. Malah, pernah diberitakan bahawa Adam mempunyai ramai pengikut di Ampang serta amat disenangi oleh Ahli Parlimennya, Zuraida Kamaruddin. Diberitakan, dia seolah-olah “ikan emas” buat AMK Ampang dan juga Ahli Parlimennya.

Namun, sebaik sahaja ditahan oleh SPRM atas pelbagai tuduhan, secara tiba-tiba mereka yang pernah rapat dengannya dahulu, hilang entah kemana. Lihat sahaja bagaimana idola kesayangan Adam Rosly, Datuk Seri Azmin Ali yang lebih senang ke Indonesia dan berbicara tentang lawatannya berbanding menyentuh nasib yang menimpa Adam Rosly.

Lebih sadis lagi, ketua kesayangan Adam Rosly, Zuraida Kamaruddin sendiri bertindak lepas tangan apabila turut sama sependapat dengan Azmin dengan lebih senang berbicara tentang kunjungan ke Indonesia berbanding berbicara tentang nasib ketua pemuda kawasannya sendiri.

Nasib Adam Rosly nyata lebih parah apabila sehingga kini, tiada seorangpun peguam-peguam tersohor dari Pakatan Harapan tampil untuk membela nasibnya. Apa sudah jadi? Bukankah Adam Rosly ini salah seorang dari orang kuat PKR yang harus dibela? Lebih sadis, menurut catatan isterinya melalui akaun Twitter miliknya, wang jaminan Adam Rosly diperolehi melalui pinjaman pelbagai pihak termasuk neneknya.

Nampaknya, nasib Adam Rosly ini sangat sesuai dengan satu pepatah Melayu, bila sedap semua ingin bersama, namun bila sakit, tanggunglah seorang diri. Usah katakan sokongan dengan melakukan candle light virgil, barisan peguam terhebat Pakatan Harapan melalui Bar Council sendiripun tidak sudi untuk membantu. Tinggallah Adam Rosly sendirian mengharungi masa depannya yang semakin gelap.

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*