Benjy Tak Serik, Dicekup Sorok Syabu Dalam Dubur Di Indonesia

Share This:

Tak serik-serik artis tanah air yang seorang ini terjerumus ke dalam kancah penyalahgunaan dadah.

 
Pelakon Benjy atau nama sebenarnya Khaeryll Benjamin Ibrahim, 38, kali ini ditahan bagi kesalahan sama pada Selasa lalu, di Lapangan Terbang Kualanamu, Deli Serdang, Sumatera Utara.
 
 
 
Memetik Detik News, Ketua Penyeliaan dan Perkhidmatan Duti dan Cukai Kualanamu Zaky Firmansayah berkata anak kepada pelakon terkenal, Allahyarham Azean Irdawaty itu dipercayai datang ke Medan kerana mahu mencari juruhebah (deejay).
 
“Selepas pemeriksaan, dua bungkus dadah jenis syabu seberat 14 gram ditemukan di dalam duburnya,” jelasnya.
 
 
 
Menurut Zaky, Benjy mengaku membeli syabu berkenaan daripada seseorang di Kuala Lumpur dan dia pernah ditahan di Malaysia sebanyak empat kali sekitar tahun 2015, membabitkan kes dadah.
 
“Benjy boleh dihukum mati jika disabit kesalahan kerana mengedar dadah, namun kes masih dalam siasatan pihak berkuasa,” katanya.
 
 

Foto: Detik News
 
Terdahulu, pada April 2016, Benjy dibebaskan Mahkamah Majistret Muar, Johor atas tuduhan memiliki methamphetamine seberat 28.99 gram pada Mac 2015.
 
Tak serik-serik Benjy ni. Apalah nasib dia di seberang sana?

Comments

comments

Related Post

One thought on “Benjy Tak Serik, Dicekup Sorok Syabu Dalam Dubur Di Indonesia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*