Aku Berpeluh-peluh Masa Dia Jilat…

Aku ada seorang kawan ni namanya Arman. Dia ni ada keistimewaan tersendiri iaitu matanya boleh tengok benda-benda yang kita tak boleh nampak. Senang cakap benda-benda halus ni la. Lagi senang kalau aku kategorikan dia ni sebagai orang yang hijabnya dah dibuka oleh Allah S.W.T. Tak perlulah aku cerita mcm mana aku tahu dia ni ada kebolehan tu tapi cukup la aku cakap yang asalnya memang dia tak nak cerita. Penat aku desak punya desak akhirnya dia beritahu juga. Katanya dia ada kebolehan ni dari kecil lagi tapi biasa la masa budak-budak tu apa la yang dia ni tahu. Antara pengalaman yang dia ingat dan kongsikan dengan aku macam ni.

Mengikut apa yang disampaikan oleh ayah dan ibunya, memang sejak bayi lagi dia ni memang kuat menangis. Lepas tu mata asyik terbeliak dan melilau-lilau tengok merata. Biasa la budak kecik ni orang cakap kena tegur la apa. Jadi tak la menjadi sesuatu yang terlalu pelik bagi orang tuanya. Sampai la dia ni dah besar sikit dalam 2 ke 3 tahun macam tu dia mula boleh berfikir. Katanya masa tu dia selalu nampak macam-macam benda pelik dalam rumahnya.

Macam-macam rupa ada. Ada yang besar, kecil, panjang, pendek, bulat?? Dan biasanya dia memang takut dan akan menangis la bila nampak tapi tak la kerap atau setiap masa dia akan nampak semua tu. Benda ni boleh dikatakan jadi tetap, bila dia ni umur dlm lingkungan remaja gitu.dia ni dulu keje dekat kilang je..biasa la kalau kene keje malam tu. Jadi boleh dikatakan ada je la yg dia ni nampak dan kacau hidupnya. Sampai ada satu masa Arman ni dapat tekanan perasaan. Yela bayangkanla kalau diri kita ni nampak hantu direct je. Apa rasanya? Ni bayangkan tiap masa.

Contoh ada 1 malam tu tengah kerja la ni. Yang kerja malam tak ramai jadi rehat ikut giliran la. Jadi masa tu tinggal dia ni dengan ada la 2 orang lagi je tengah kerja. Masing-masing sibuk dengan kerja masing-masing. Tiba-tiba katanya dia nampak dekat member dia yang sorang ni, belakangnya ada terpacak 1 lembaga rambut panjang lusuh, berdiri tegak belakang mamat tu sambil lidahnya tengah terjelir panjang menjilat kepala mamat tu. Penuh la muka mamat ni dengan air liur benda tu. Si Arman ni pun menggigil la satu badan. Nak keluar suara pun tak mampu.

Nak dikuatkan juga hatinya nak beritahu mamat tu dirasakan macam tak patut dan tak mungkin dia percaya. Jadi didiamkan je dan benda tu macam perasan yang Arman ni boleh nampak dia. Benda tu tenung je Arman ni dan terus ghaib. Berpeluh-peluh si Arman ni melihatkan kejadian tu tapi macam biasa bila setiap kali jadi perkara macam tu, dia cuba menidakkan dan anggap tu cuma khayalan dia tapi perkara macam tu tak pernah putus-putus berlaku.

Kejadian ni berlaku dalam lingkungan masa Arman ni belum dapat terima hakikat kebolehannya lagi. Dia masih was-was, takut dan tertekan. Masih panjang dan banyak lagi kisah dia ni sampai la sekarang yang mana dia dah boleh terima kenyataan dan gunakan kebolehan tu sebagai amanat untuk membantu orang. Ada juga kisah-kisah dan pengalaman dia masuk ke alam bunian. Ada la dia ceritakan kat aku keadaan alam tu. Memang luar dari bayangan kita. Spesis-spesis makhluk atau hantu yang dia pernah nampak, berbeza dan banyak lagi rupanya dari apa yang kita selalu tengok atau bayangkan selama ni. Dari sekecil-kecil macam anak ayam, sampai la besar macam gajah.

SesungguhNya Dia lebih mengetahui segalanya. Anugerah yang diberi adalah dipinjamkan untuk kita membuat kebaikan di muka bumi ini.

-pru14.tv-

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*