Adam Rosly Jadi Terhina, Tiada Siapa Pemimpin PKR Ambil Kisah

Share This:

Sebelum bermasalah, Ketua Pemuda PKR Ampang Datuk Adam Rosly begitu berbangga di media sosial Instagramnya akan kekayaan luar biasa yang dimiliki termasuk beberapa buah kereta mewah dan rumah banglo ala Disneyland bernilai RM1.2 juta.

Selain itu, Adam juga nampak disenangi dan dikenali oleh para pemimpin pembangkang terutamanya dari PKR serta dikatakan efisien melakukan tugas dalam politik.

Kini, selepas bermasalah kerana bakal didakwa oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini, Adam terus dipinggirkan dan ditinggalkan berseorang tanpa ada sesiapa yang sudi mempertahankannya biarpun dari PKR.

Jika Datuk Seri Anwar Ibrahim ditahan, ditangkap dan dipenjarakan kerana liwat, ada sahaja pemimpin yang memulakan idea untuk mengadakan “Candle Vigil” di hadapan Penjara Sungai Buloh memberikan sokongan moral.

Ketika pemimpin Bersih ditahan juga ada pemimpin pembangkang melakukan perkara sama untuk sokongan moral.

Untuk Adam, bagi pemimpin PKR, dirinya tiada nilai kerana tidak ada pemimpin PKR pun yang mahu mempertahankannya dan memberikan sokongan moral padanya sebaliknya membiarkan dia seorang diri menghadapi pertuduhan berkenaan.

Difahamkan, Pengerusi Gabungan NGO Malaysia Datuk Seri Jamal Md Yunos pula menawarkan bantuan guaman secara percuma kepada Adam bukannya orang dari PKR, DAP, PAN ataupun PPBM.

Apabila bergari, Adam mengangkat tangan seperti gaya pemimpin pembangkang lain ditangkap kononnya dia rasakan ramai pemimpin akan menyebelahi dirinya dan menunjukkan sokongan.

Malangnya, tiada siapa berminat dengan nasib masa depan Adam apabila dia ditangkap malahan ramai pemimpin PKR pula membuat kenyataan bahawa mereka tidak mengenali Adam padahal beliau sudah lama menjadi pemimpin pemuda PKR.

Agak hina apabila melihat nasib Adam yang mengumpul kekayaan yang banyak dalam masa singkat tetapi kemudian berakhir dengan dibicarakan kerana terlibat dalam kes rasuah dan tidak ada rakan pemimpin yang menunjukkan simpati. – pru14.tv

Comments

comments

Related Post

One thought on “Adam Rosly Jadi Terhina, Tiada Siapa Pemimpin PKR Ambil Kisah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*