Adam Rosly Beli Rumah “Disneyland” Secara Tunai RM1.2 juta Guna Duit Siapa?

Share This:

“Saya nak bagitau, diluar sana ramai anak muda yang sudah kaya sekarang, ramai bukan saya sorang….” Adam Rosly

PEMBELIAN rumah “Dsneyland” pemimpin Pemuda PKR, Datuk Adam Rosly yang bernilai RM1.2 juta secara tunai mengundang persoalan kepada ramai pihak. Duit siapakah yang beliau guna untuk membuat pembelian tunai tersebut?

Umur beliau yang masih muda dan baru lagi menceburkan diri dalam bidang politik dan perniagaan turut membuatkan transaksi pembelian rumah tersebut semakin mencurigakan. Beliau yang ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung siasatan kekayaan luar biasa beliau, dijangka dituduh di mahkamah hari ini.

SPRM telah menyita rumah “Disneyland” yang terletak di Ampang itu. Adam adalah Ketua Pemuda PKR Ampang, dijangka didakwa mengikut Seksyen 32(8)(c) dan Seksyen 89 Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLA) 2001.

Seksyen 32 (8) (c) adalah berkenaan kesalahan memberi keterangan dan dokumen palsu ketika proses siasatan dijalankan manakala Seksyen 89 adalah berhubung memalsukan sesuatu dokumen. Kedua-dua kesalahan membawa denda sehingga RM3 juta atau penjara sehingga lima tahun atau kedua-duanya. Beliau ditahan SPRM ketika hadir untuk memberi keterangan berhubung siasatan terhadapnya pada 13 April lalu dan direman sejak 14 April bagi membantu melengkapkan siasatan kes itu.

Berdasarkan video di atas, Adam Rosly telah mencabar Datuk Seri Jamal Md Yunus agar membuat laporan polis dan SPRM berhubung kekayaan yang beliau miliki. Cabaran tersebut telah disambut dan kini SPRM telah menjalankan tugas mereka. Dan nampaknya Adam Rosly kini terperangkap dengan kenyataan celupar yang telah beliau buat selama ini.

Bagi memberi gambaran yang lebih jelas, dibawah ini kami senaraikan lima perkara tentang Adam Rosly

1. Dapat gelaran Datuk pada usia muda, 28 tahun
“Kenapa 28 tahun jadi kaya? Seluruh rakyat Malaysia tahu ramai anak muda yang kaya. Ramai yang muda dapat ‘Datuk’,” kata Adam Rosly. Dipetik daripada laporan freemalaysiatoday.com2. Terima gelaran Datuk pada tahun 2016 bersama-sama Datuk Seri Jamal Md Yunus
“Saya nak maklumkan, saya dapat ‘Datuk’ sebaris dengan Jamal. Saya sebaris dengan beliau di depan Tuanku kalau beliau mempertikaikan kenapa saya dapat gelaran ‘Datuk’. Beliau (Jamal) dapat gelaran ‘Datuk’ dan ‘Datuk Seri’ tahun ini. Jadi, jangan tekan dan aibkan orang.” Dipetik daripada laporan freemalaysiatoday.com

3. Katanya dia mewarisi kekayaan keluarga
“Setahu saya Adam memang anak seorang ahli perniagaan. Di dalam parti pun, saya tak ada buat lantikan sebagai ahli majlis atau ketua kampung untuk dia, saya percaya dia adalah telus dengan kekayaan dia dan harta yang dia ada,” ujar Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin. Adam menjelaskan bahawa beliau mendapat harta kekayaan tersebut melalui pelbagai perniagaan yang diwarisi daripada keluarganya. Dipetik dari laporan mysuara.net

4. Sendiri mengakui anak muda kaya raya bukan lagi suatu yang luar biasa
“Pada hari ini, bukan suatu yang luar biasa untuk golongan muda menjadi kaya. Saya boleh beri jaminan bahawa saya memperoleh wang hasil titik peluh saya,” kata Adam. Dipetik dari laporan freemalaysiatoday.com

5. Banglo mewah dengan harga RM1 juta itu sangat murah katanya, rugi tidak beli
“Untuk makluman, rumah itu bukan atas binaan saya. Saya membidanya sebanyak RM1 juta. Bank jual rumah terbengkalai, reka bentuk rumah itu kekal sama. Bukan saya yang reka nak duduk rumah dalam Disneyland.

“Kalau tuan-tuan berada di Ampang, rumah berharga RM1 juta di Ampang sangat murah. Rugi kalau tak beli dengan reka bentuk yang begitu cantik. Tapi ia jadi viral dan fitnah pada saya,” katanya.

Dalam isu rumah “Disneyland” Adam Rosly ini, rakyat Malaysia mendesak agar pihak SPRM dan polis mengambil tindakan tegas terhadap beliau agar pihak Pakatan harapan yang diketuai DAP tidak terus bermaharajalela menipu rakyat kononnya parti mereka bersih dan telus dari rasuah dan salahguna kuasa.

– PRU14.tv

#DiaMemangFemes

Comments

comments

Related Post

One thought on “Adam Rosly Beli Rumah “Disneyland” Secara Tunai RM1.2 juta Guna Duit Siapa?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*