Waspada Sindiket Penipuan ‘Permainan Tanam Buah’ Di Telefon Bimbit

Share This:

Berwaspada anda mungkin terjerumus ke dalam perangkap sindiket penipuan bagi perniagaan jualan langsung berbentuk pyramid. Ini kerana kebelakangan ini menyaksikan ramai rakyat Malaysia begitu teruja ‘menanam buah-buahan’.

Sedia kita maklum, terdapat pelbagai jenis permainan wang atau Money Game yang bergiat aktif di pasaran, UFun yang telah disenaraihitamkan Bank Negara pada tahun 2015, baru-baru ini menghasilkan satu jenis permainan di telefon bimbit yang berbentuk pengurusan ladang dan duit syiling maya sebagai daya tarikan dalam usaha menjalani pengumpulan kewangan secara haram.

Memetik laporan Oriental Daily News, sindiket tersebut telah bergiat aktif di negara kita sejak tiga bulan lalu, berjaya menarik perhatian orang ramai melalui cara membawa masuk seberapa banyak orang menyertai dalam permainan yang menguruskan ladang buah-buahan seperti lobak merah, buah naga, apel, limau dan juga durian.

Difahamkan, berikutan pihak polis giat membenteras sindiket ‘Money Game’, sindiket terbabit dikatakan berusaha menukar strategi untuk menarik lebih ramai orang menyertai permainan Ladang Buah-buahan itu.

Pendaftaran hanya dengan bayaran antara RM40 hingga beberapa ratus ringgit untuk memenangi wang tunai melalui permainan tersebut dan sekiranya berjaya membawa orang menyertai, 10% keuntungan akan diberikan untuk setiap orang.

Dalam pada itu, laman Facebook, WeChat, QQ turut digunakan sebagai tapak untuk memperkenalkan permainan tersebut, orang ramai hanya menulis kata kunci [Make Money Game] di Facebook untuk memperoleh laman rasminya dan iklannya.

Dijangkakan dalam tempoh tiga bulan sahaja, telah berjaya menarik lebih puluh ribu orang menyertai permainan berkenaan.

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*