Suami Pula Beralih Arah, Sedap Dapat Makan Luar

Share This:

Hari ini, saya akan bercerita pula tentang kes yang paling boring dalam dunia iaitu kes suami curang. Ianya ada tiga kategori

a) Suami Miang : Memang pantang nampak dahi licin. Semua nak ditegurnya. Semua nak di Touch n Go tapi buka semua sesudah di Touch akan dapat Let Go. Macam pelekat pada cermin kereta kereta. U Kiss U Pay. Akhirnya, terperangkap si suami dalam jerat dan permainannya sendiri. Si minah yang tak nak Let Go tu akan buat ugutan atau ada yang guna sihir mengikat.

Jenis begini – sukar juga dipulihkan kerana ia lebih kepada balasan atas dosa-dosa yang dia sendiri lakukan. Meskipun, dia terkena sihir mengikat namun pada hakikatnya dia yang telah menghancurkan banyak hati..isteri ( isteri2?) dan anak-anak.

Jenis ugutan pula. Suami kenalah berterus terang dengan isteri kerana lambat laun rahsia akan bocor juga. Pandai-pandailah kamu minta maaf dan menyesal. Kalau suami isteri bersatu. Ugutan boleh ditumpaskan dengan mudah.

b) Suami terikut kawan-kawan. Orang bergurau, dia yang lebih-lebih. Akhirnya, jadi seperti diatas.

c) Suami Mithali – Diminati oleh awek-awek diluar sana. godaan tak jalan. maklumlah setianya hanya pada yang satu. Macam saya la. Contohnya, awek-awek guna jalan sihir. Buat menambat suami dan menanam pembenci pada isteri.

Jenis begini senang sedikit memulihkannya. Buang sihir pada suami atau isteri atau keduanya sekali. Biasanya, Tok Dukun akan offer package 2 in 1. Satu bagi ikat Suami pada Awek. Satu bagi suami tengok isteri macam beruk. Manakala package 3 in 1 lagi parah, siap bagi isteri pula rasa menyampah tengok suami.

Rumah pula macam neraka. Suami isteri tidur berasingan bilik. Akhirnya, tinggal di rumah berasingan. Yang peliknya, bila berjauhan rasa rindu pula. Dalam telefon, ucapan rindu mengalahkan Romeo dan Tipah. Bila jumpa je, bercakaran.

-pru14.tv-

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*