Serena William Disahkan Hamil

Share This:

BINTANG tenis, Serena William disahkan hamil dan dijangka melahirkan bayi pertamanya pada musim luruh, menurut jurucakapnya, Rabu.

Pengesahan mengenai kehamilan William, 35, dibuat melalui satu kenyataan oleh Kelly Bush Novak selepas atlet berusia 35 tahun itu menyiarkan sekeping gambarnya memakai baju mandi kuning di laman media sosial Snapchat dengan kapsyen ’20 minggu’.

Novak memberitahu Reuters bahawa pemain itu tidak akan bermain pada tahun 2017 tetapi akan kembali turun gelanggang pada 2018.

“William ‘pasti’ tidak akan dapat bermain lagi pada tahun ini tetapi berharap untuk kembali pada 2018,” katanya.

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*