Sekat Nafsu, Kini Janna Nick Mampu Miliki Rumah Mewah

Share This:

Hasil dari kerja keras dan menahan nafsu dari berbelanja benda tidak penting, akhirnya hasrat Janna Nick untuk membeli rumah kediaman tercapai.

Pelakon popular itu berkongsi keterujaan kerana dia berjaya membeli aset sebagai pelaburan masa depan di usia yang masih muda.

Foto: IG Janna Nick

“Alhamdulillah saya berjaya menunaikan hasrat membeli rumah pada usia 21 tahun, sekali gus merealisasikan matlamat sejak mula berkecimpung dalam bidang seni. Tipulah jika tiada keinginan berbelanja, namun nafsu itu dapat dikawal.

“Saya memuat naik gambar di Instagram bukanlah untuk menunjuk-nunjuk, sebaliknya menyuntik semangat kepada rakan sebaya lain bekerja lebih keras demi mencapai impian. Usah mengikut gaya berbelanja boros, sebaliknya fokus untuk mengumpul aset,” katanya kepada Berita Harian.

Aktres drama Syurga Nur ini juga turut berterima kasih kepada peminat, penggiat seni dan media yang membantu dirinya merealisasikan impian tersebut.

Tahniah diucapkan sekali lagi kepada aktres cantik ini. Semoga semakin berjaya di masa akan datang.

Foto: IG Janna Nick

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*