Satu Lagi Projek Jahat DAP Menjahanamkan Perpaduan Melayu Gagal

Share This:

Selama berpuluh-puluh tahun, DAP selaku parti pembangkang utama negara berusaha untuk memecah belahkan perpaduan kaum Melayu di negara ini. Pelbagai cara mereka lakukan untuk memecah belahkan kaum Melayu terutama undi majoriti kaum Melayu namun semua usaha berkenaan kerap kali menemui kegagalan. Apa yang menariknya, mereka tidak pernah jemu untuk mencuba dengan pelbagai cara.

Memasuki Pilihan Raya Umum ke 13 lalu, usaha DAP untuk memecah belahkan undi dan kesepakatan kaum Melayu mula menampakkan hasilnya. Dengan menggunakan pendekatan lebih mesra kepada kaum Melayu dan menghasut unsur hak samarata dan kebebasan sepenuhnya, ramai dikalangan anak muda kaum Melayu mula termakan hasutan mereka.

Sebaik sahaja usai Pilihan Raya Umum ke 13, DAP mula mengorak langkah cuba memecahkan kesepakatan PAS dari dalam. Bukan satu rahsia lagi bahawa penubuhan PASMA di dalam PAS memang ada unsur dan pengaruh DAP. Setelah kelompok PASMA ini menguasai Muktamar PAS ke 61, secara rasminya gerakan PASMA ini di politikkan sehingga membawa kepada tertubuhnya PAN yang kini menjadi hamba suruhan DAP.

PAS pada ketika itu terbahagi kepada dua puak di mana ada diantaranya sehingga kini lebih senang menjadi lalang. Bagaimana pula dengan UMNO dan Barisan Nasional? Usaha DAP menjahanamkan UMNO dan Barisan Nasional sebenarnya jauh lebih ekstrim berbanding usaha mereka menjahanamkan PAS.

Bukan satu rahsia bahawa DAP adalah pihak yang memainkan peranan yang besar terhadap penentangan Tun Dr Mahathir, Tan Sri Muhyiddin Yasin dan beberapa orang lagi pemimpin UMNO terhadap kepimpinan tertinggi parti. Manakan tidak, pemimpin-pemimpin ini kerapkali melaungkan isu yang kerap kali dimainkan oleh DAP hanya semata-mata mahu melemahkan UMNO dari dalam.

Kemuncaknya, Mahathir bersama-sama Muhyiddin menubuhkan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dengan bertujuan untuk menghancurkan UMNO dengan menggunakan pengaruh Mahathir. Namun, semua itu sekali lagi menemui kegagalan apabila pemberontakan besar yang dihajatkan DAP melalui PPBM, menemui kegagalan.

Impak dari tertubuhnya PPBM kepada UMNO terlalu minima untuk menggoyahkan UMNO. Begitu juga impak yang dicipta oleh PAN terhadap PAS juga tidak begitu menjadi. Nampaknya, helah DAP memecah belahkan kaum Melayu menerusi dua parti politik ciptaan dan sokongannya, hanya memberi kesan pada awal tetapi gagal mencapai matlamat.

Mungkin selepas ini ada lagi helah DAP untuk menghuru harakan perpaduan kaum Melayu dan sekaligus memecahkan undi Melayu. Apa yang pasti, mereka tidak pernah walau sekalipun jemu untuk memecah belahkan kaum Melayu, impian awal PAP dan DAP untuk menerajui Malaysia dengan jalan mudah. Apa yang mendukacitakan, ada juga anak Melayu yang termakan hasutan jahat DAP hanya semata-mata kepentingan politik.

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*