PPM Rampas 9,400 Kotak Rokok Putih Seludup

Share This:

JOHOR BAHRU – Pasukan Polis Marin (PPM) berjaya merampas 9,400 kotak rokok putih bernilai kira-kira RM94,752 yang dipercayai diseludup masuk ke negara ini dalam kejadian di kawasan Padang Lima, Kuala Sedili, Kota Tinggi dekat sini jam 11 malam tadi.

Komander PPM Wilayah 2 Johor, ACP Paul Khiu Khom Chiang berkata, rampasan dibuat selepas anggota PPM yang sedang menjalankan Ops Landai yang terserempak sebuah kenderaan jenis MPV dalam keadaan mencurigakan.

“Semasa kejar mengejar kereta berkenaan telah berhenti di tepi jalan dan pemandunya melarikan diri ke dalam hutan berhampiran.

“Pemeriksaan di bahagian dalam kereta menjumpai 9,400 kotak rokok putih jenis inter bernilai kira-kira RM94,752 yang dipercayai diseludup,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Katanya, mereka turut merampas kenderaan berkenaan yang bernilai kira-kira RM15,000 dan kesemua barang rampasan dibawa ke PPM Pengerang untuk siasatan lanjut.

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*