Pendatang Asing Asyik Menari Tak Hormat Waktu Maghrib

Share This:

Hari ini tular satu video menunjukkan sekumpulan manusia sedang menari mengikut rentak lagu di ketika waktu Maghrib di rumah Flat Anjung Tawas di Ipoh yang menimbulkan kemarahan penduduk sekeliling kerana mengganggu ketenteraman awam.

Kejadian dikatakan melibatkan kumpulan warga asing Nepal dan Myanmar yang menetap di kawasan itu dan bekerja di kawasan sekitar.

Seorang penduduk wanita yang merakamkan video ini jelas berang dengan tindakan kumpulan warga asing berkenaan yang tidak mengendahkan orang ramai di kawasan berkenaan.

Menurutnya, jika ditegur mereka akan dikatakan rasis dan perkauman padahal para warga asing berkenaan tidak mengendahkan kawasan sekitar serta tidak menghormati budaya dan agama negara tempat mereka menumpang ini untuk mencari rezeki.

Para netizen yang melihat video berkenaan yang dimuatnaik ke laman Youtube terkejut kerana melihatkan kelakuan yang agak melampau para warga asing berkenaan.

Dengan bunyi alunan muzik yang kuat di luar kawasan koridor, mereka menari terkinja-kinja seperti di dalam disko padahal ia dilakukan di luar rumah.

Biasanya di rumah-rumah pangsa ketika waktu Maghrib, orang ramai khususnya warga negara Malaysia beragama Islam untuk menyelesaikan tugas rumah dan pergi ke masjid atau surau menunaikan solat berjemaah.

Perkara ini jelas tidak menghormati kelaziman di negara ini dan pihak berkuasa mungkin boleh menyiasat kejadian berkenaan dan mengambil langkah untuk memastikan kejadian sama tidak berulang lagi kelak. – pru14.tv

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*