Penat! Suami Buas Semacam, Sehari 16 Kali Bersama

Share This:

Dulu, saya pernah didatangi dua orang perempuan. Ketika jumpa saya, mereka asyik pandang saya atas bawah. Terasa jugak saya. Hensem ke saya ni? Mereka macam tak percaya saya la ‘Tok Belagak’. Macho lagi. Tak pakai serban atau kopiah. Cuma baju pagoda dengan kain pelikat membalut diri.

Kemudian, salah seorang menceritakan masalahnya. Saya ni bukalah cuping telinga seperti pakar kaunseling. Biasalah kes cinta beralih arah. Saya pun cakap la gini gitu. Anak mata saya perasan yang perempuan seorang lagi tu asyik memerhatikan saya je. Saya pun apalagi kontrol Macho la kan. Akhirnya, mereka pun balik.

Selang 2 hari selepas itu, saya terima panggilan telefon, mengatakan dia yang datang dengan kawan dia tentang kes begitu begini. Sejurus itu saya teringat, perempuan ni yang tengok saya semacam je masa hari tu. Dia nak buat appoinment jumpa dengan saya. Saya kata malam ni pun ok. Jadi dia kata boleh. Masa dia datang tu ramai dah pesakit. Tapi dia bukanlah yang terakhir. Cuma dia minta yang lain dulu, biar dia yang terakhir. Akhirnya sampailah giliran dia. Saya tertanya-tanya juga apa benda la yang rahsia sangat.

Cerita bermula dari kisah mereka bertiga biras yang mengawini 3 beradik lelaki dari satu keluarga. Mereka pada mulanya agak bengang denga ibu mertua mereka sebab mereka perasan bapa mertua mereka amat takut dan patuh pada ibu mertua mereka. Tidak pernah membantah. Pada pengamatan mereka, mereka berasa terkena ilmu sihir yang membodohkan suami.

Dia pun bercerita, mereka bertiga meluat dan amat tidak suka kalau balik beraya di rumah keluarga suami mereka. Mereka tidak tahan melihat bapa mertua di suruh sana sini dan kelihatan bangang tahap gaban. Apalah malang orang tua tu dibodohkan sebegitu sekali. Mereka meluat dan menyampah. Itu masa mula bernikah. Lama-lama mereka bertiga merasa bahangnya. Dia pun menurunkan matanya merenung kebawah.

Saya pun tanya kenapa? Tak kan nak minta saya pulihkan mertuanya kot? Katanya tidak. Dia tidak tahan dengan kekerapan suaminya meminta melakukan hubungan suami isteri. Suami seorang yang ‘warak’. Kalau sakit pun sanggup solat duduk. Namun dia amat tidak sanggup meladeni kebuasan hubungan kelamin suami. Asal balik dari pejabat je, belum sempat bertukar baju, di ruang tamu pun jadi. Suami seolah bukan suami yang tercinta. Buas semacam. Kalau ikutkan purata 16 kali sehari semalam kami bersama. Sehingga dia terpaksa tidur dengan anak-anak untuk mengurangkan melakukan hubungan seks.

Aduh. Macam mana ni. Kalau ikut standard procedure. Mudah je. Potong dan simpan dalam peti ais. Akhirnya dia pun cakap seorang lagi biras dia pun mengalami nasib yang sama. Cuma yang seorang lagi nampak terselamat. Ketika dia sedang bercerita, saya sudah terlayang ke satu alam yang lain. Pergi ke satu tempat di dalam hutan. Seorang pemuda. Mendatangi seorang Tok Batin. Hek eleh apa ke jadahnya sampai kat sini. Mesti ada peristiwa menarik.

Rupanya dalam malu-malu pemuda kurus kering tersebut menyatakan hasrat untuk menuntut ilmu gagah seorang lelaki. Tok Batin menyanggupinya dengan syarat pemuda itu meniduri 4 isteri tok batin. Pada malam itu juga, tewas memanjang si pemuda. Digelak-gelak oleh isteri2 tok batin berempat. Dipendekkan cerita, pemuda tersebut pergi duduk di pinggir bukit. Bertapa dengan berbekalkan jampi serapah Tok Batin. Apabila berjaya dengan tempoh yang tertentu. Kembalilah dia ke pondok Tok Batin. Sekali lagi dia diminta menggauli ke empat-empat isteri Tok Batin. Akhirnya mereka tersenyum puas dan mengatakan sudah tamat pengajian ilmu Gagah Lelaki.

Lelaki tersebut ialah atuk kepada ketiga-tiga suami tersebut. Setelah saya tahu puncanya, saya pun tengok apakah barangnya yang memberikan mereka kegagahan sebegitu rupa. SAKA. Ya. Saka. Dari Jenis Beruang Bukit. Berwarna Hitam berbeza dengan beruang paya yang berwarna coklat. Kedua-dua jenis beruang tersebut amat sinonim dengan ilmu Tok Batin. Masing-masing ada kehebatan tersendiri dalam melaksanakan tugasan Tuannya. Saya pun scan ke tiga-tiga nama termasuk ayah suami-suami tersebut. Semuanya pun ada Saka beruang Bukit.

Perempuan tersebut menceritakan baru mereka faham kenapa ibu mertua membodohkan suami. Lantaran kemahuan yang melampau-lampau. Saya pun terangkanlah tentang kehebatan orang yang memakai ilmu Beruang Bukit. Dia tanya atuk dah mati pun kenapa anak cucu yang dapat. Saya jelaskan itulah saka. Ia turun kepada semua anak lelaki. Saya tengok nenek suami masih hidup. Jadi saya tanya apa jadi pada nenek suami?

Dia kata memang hidup tapi dah terjelir lidah macam anjing, merangkak ke sana sini. Saya pun ternampak ada macam obor-obor di kepalanya. Bila melihat ia kembang kuncup, maka saya buat kesimpulan dia ada memiliki ilmu kemutan maut seorang isteri. Sudah beberapa suaminya bercerai lantaran tewas tak kesampaian. Yang menjadi sebab utama ialah si nenek makan luar untuk memuaskan nafsunya. Setelah kahwin cerai banyak kali, akhirnya bertemulah dengan pemuda yang baru pulang dari perantauan tersebut. Barulah setanding. Kata orang sama hebat lagaknya.

Pada mulanya, DEN ingat nak buang je Saka si nenek tersebut. Dah tak ada anak-anak yang sanggup membelanya lagi tapi setiap kali saya nak buang je macam tertahan tapi saya diamkan aje. (Selepas perempuan tu balik. Saya pun buat pangilan hayat pada sifu saya – Dengarkanlah panggilan ku. dengarkanlah lagu untukmu. Hek eleh menyibuk je ringtone saya ni, kena bayar royalti pada M. NAsir ni. Katanya kalau dah tertahan-tahan begitu. Maknanya tak dibenarkan ALLAH s.w.t masuk campur. Bala menduakan suami sebelum ini sudah sampai dan penuntutan ilmu hitam sudah memakan diri. Jadi biarkanlah)

Sebelum dia balik, perempuan itu pun bercerita biras pertama telah pergi ke Sungai Buloh berjumpa dukun terkutuk untuk membodohkan suaminya dan birasnya turut mengajaknya pergi bersama. Dia kata dia masih ingat tuhan lagi. Walaupun dah berpuluh ustaz cuba membantu masih gagal menangani masalah kuat seks suaminya. Jadi ini kali terakhir dia nak cuba cari perubatan Islam. Kalau saya tak dapat tolong. Dia dah tak tahan dan tak sanggup menerima ungkapan sabar dari perawat-perawat. Dia pun akan ikut langkah biras pertama.

Ada ke patut saya dijadikan sandaran terakhir. See the leg first la. Ini ‘Tok Belagak’ la. fikir saya yang ketika itu dalam petak-petak fikiran sedang menganalisa biras kedua. Kenapa dia terselamat. Adakah beliau juga mempunyai saka Obor-obor? Atau ada Ultraman Taro sebagai penyelamat. Kita ikuti kisahnya di lain episod. Setelah scan, saya pun tanya, dia ni selamat sebab Beruang suami dia dikurung? Betul kata perempuan tersebut.

Nenek biras memang pandai mengubat. Kesian Beruang Hitam. Kalau panjang umur nenek tu. mati beragan la. Kawan-kawan dia semua dapat menikmati seks dengan berleluasa..yang dia duduk menung tengok siling je dengan sebelah lengan di atas dahi. Berputih mata. Saya cakap, cara nenek tu betul cuma dia tak mampu nak zas. Kelak kalau nenek tu berpindah alam. Beruang tu akan terlepas dan pasti akan kemaruk gila. Kata budak-budak zaman sekarang, ‘giler kentang’.

Tak apalah saya tolong. Saya kaut je. Simpan. Jangan salah faham. Kalau saya simpan. Saya pun dah tak boleh pakai dah. Saya ni jenis pencinta Alam. Saya tak pernah bunuh Saka. Kesian. Sudah habis madu sepah dibuang. Cara saya ni tidak sakitkan mereka. Jadi yang perempuan tadi pun. Saya kaut dan buang. Saya nasihatkan dia, kalau dia ada anak lelaki. Awas. Tak perlu tunggu ayah kojol. Mereka sudah mewarisinya.

Jadi satu nama anaknya diberi. Sah ada beruang. Mereka yang ada beruang ni biasanya ganas dan perengus. Sebelum ni, pernah melakukan hubungan sejenis. Kalau dah pernah. Lebih-lebih lagi kalau masih bujang. Siaplah semua nak dititiknya, kalau tak dapat mulalah gelisah dan jadi pembengis. Bukan dia yang gagah tapi beruang yang merasuk yang gagah. Sehingga kalau terpaksa bersama dengan 10 wanita sekali pun. Dia akan steady je. Tapi untuk yang jenis Gay. Saya tak pernah jumpa lagi. Uwekkkk. Geli saya.

Jadi bayangkanlah. Apa jadi pada benih yang bercantum dengan isteri. Macam mana nak dapat zuriat yang soleh. Konfirm tak ada doa punya dan bercampur benih JIN. Sebab itu pasangan yang mempunyai SAKA DALAM biasanya anak-anak mereka liar dan susah dinasihat. Begitu juga mereka yang memakai susuk. Sebab ada benda lain duduk tumpang sekaki.

Walaupun latar belakang seorang berilmu agama yang tinggi. Saya baru tahu ada pesakit saya cakap, dia dan pasangan dia dimestikan bersih dari saka sebelum dibenarkan kahwin oleh salah satu pejabat agama Islam. Betul ke tidak. Tak tahu la pula saya. Tapi betul tindakan tersebut sebab bila bersama, ada mamat atau minah lain yang tumpang sama. Lebih-lebih lagi kalau kita tak berdoa.

Sekarang ni, yang saya kesalkan tindakan mertua dia dan biras pertama yang guna kaedah Nasi Kangkang, menempah jalan ke Neraka melalui tiket First Class.

Perghhhh. Akhirnya, tamat juga cerita dongeng ni. hehehe. Diharap, para pembaca dapat mengambil teladan daripada kisah ini. Pekara yang tidak baik itu jangan diikut sebaliknya dijadikan pengajaran. Kehidupan di dunia hanya sementara, yang kekal adalah kehidupan disana kelak. Semoga kita sentiasa dibawah lindungan dan rahmatNya.

-pru14.tv-

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*