Penat Sorok Kemaluan, Caitlyn Jenner Buang Terus Alat Sulit

Share This:

Daripada seorang lelaki sempurna, Caitlyn Jenner, 67, kini menjadi jadi wanita ‘sebenar’. Selepas menukar nama dan identitinya, Caitlyn juga mengakui dia menjalani pembedahan menukar jantina pada Januari lalu.


Pengakuan itu dinyatakan menerusi buku terbarunya iaitu The Secrets of My Life.





Memetik Mail Online, bapa kepada Kendal dan Kylie Jenner itu kini sudah ‘tutup buku’ dan tidak akan melakukan hubungan intim dengan mana-mana wanita.



“Saya mungkin akan bersahabat dengan wanita tetapi tidak akan ada lagi hubungan intim bersama mereka,” katanya.


Walaupun belum memiliki kecenderungan untuk melakukan hubungan seks dengan lelaki, Caitlyn akui perasaan itu mungkin akan berubah selepas dia menjalani ‘pembedahan akhir’ berkenaan.





Pengakuannya itu terpaksa dilakukannya susulan desakan peminat yang sering bertanya mengenai status kemaluannya.

“Pembedahan itu berjaya, dan saya bukan sahaja berasa ia sesuatu yang indah malah saya rasa lebih bebas,” katanya.


Caitlyn juga akui dia terpaksa melakukan pembedahan itu kerana ‘penat’ menyembunyikan kemaluannya.



Foto: Mail Online



Wah, macam perkara kecil dan mudah saja mereka ini. Kalau tak suka bahagian tertentu di tubuh, boleh dibuang sesuka hati dan tambah mana-mana bahagian yang diinginkan.

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*