Mohd Ezam Dan Khairuddin, Hanya Penuh Pembohongan Dalam Politik

Share This:

Pada tahun 1998 selepas Datuk Seri Anwar Ibrahim dipecat dari jawatan Timbalan Perdana Menteri di bawah pemerintahan Tun Mahathir Mohamad, Setiausaha Politik Anwar ketika itu, Datuk Mohd Ezam Mohd Nor begitu lantang mempertahankan ketuanya dan mengkritik Mahathir.

Cerita paling pembohongan sensasi dijaja oleh Mohd Ezam ialah berkenaan enam buah kotak yang dikatakan mengandungi dokumen-dokumen rasuah melibatkan Mahathir dan beliau mengugut untuk mendedahkan kandungan kotak-kotak berkenaan.

Menurut sumber rapat dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR) iaitu bekas Pegawai Khas Anwar, Rahimi Osman, Mohd Ezam yang pernah menjadi Ketua AMK Keadilan yang pertama apabila duduk berbual berkenaan perihal enam kotak itu, beliau menafikan kewujudannya.

Hari demi hari, kotak berkenaan tidak dibuka dan tidak diketahui kesudahannya sampai di waktu Mohd Ezam masuk parti UMNO dan kemudian bergerak dalam siri ceramah memihak kepada kerajaan Barisan Nasional (BN).

Apabila di dalam BN dan pernah menjadi kakitangan awam di Kementerian Kewangan, Mohd Ezam dalam ceramahnya memaklumkan bahawa kotak-kotak itu sebenarnya ada dalam simpanan bekas bosnya, Anwar yang kini sedang dipenjarakan kerana kes liwat.

Berkali-kali diasak pertanyaan sama oleh orang ramai mahupun media, beliau tetap menyatakan bahawa kotak itu ada pada Anwar dan tidak mahu langsung beliau mendedahkan apa yang ada dalam kotak berkenaan.

Sekarang, selepas keluar dan menjadi pembangkang semula bersama-sama dengan Pakatan Harapan (PH) cerita perihal kotak terus senyap dan tidak lagi keluar daripada mulut Mohd Ezam sehingga hari ini.

Selepas itu, kini Mohd Ezam tergamak mencuri sebuah parti yang lama, mengadakan mesyuarat agung tanpa kebenaran dan kemudian sesuka hati menukar nama parti itu kepada Parti Bebas Rasuah (PBR) dan melantik dirinya sebagai Presiden dan Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan sebagai Timbalan Presiden.

Menurutnya, apa yang dilakukan oleh pihak Mohd Ezam mengikut saluran undang-undang dan peraturan di bawah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS).

Bagi kepimpinan asal Parti Generasi Baru (PGB) yang dirampas oleh Mohd Ezam itu, mereka mendakwa parti mereka telah disalahgunakan oleh Mohd Ezam =.

Presiden PGB, Datuk G Kumar Aamaan berkata dua pemimpin didapati melakukan tindakan menukar nama parti tanpa pengetahuan dan persetujuannya serta kira-kira 300 anggota PGB kerana tiada sebarang notis atau mesyuarat dibuat.

Untuk menyiasat pembohongan Mohd Ezam itu, laporan polis sudah dibuat dan aduan juga dikemukakan kepada ROS untuk siasat.

Paling teruk Mohd Ezam cuba kelentong ROS, ialah alamat yang digunakan dalam permohonan sebagai lokasi mesyuarat agung berkenaan diadakan ialah di sebuah kedai menjual jubin tiga tingkat.

Justeru, siasatan ROS ke atas permohonan PGB untuk menukar nama ke PBR telah didapati ada keraguan dan tanda tanya.

Ketua Pengarah ROS Datuk Mohammad Razin Abdullah berkata surat berdaftar yang dihantar ROS ke alamat pejabat PGB seperti yang ditulis dalam permohonan untuk menukar nama kepada PBR tidak sampai dan dikembalikan semula.

Ada lagi, dalam permohonan berkenaan turut ada nombor MyKad Ahli Jawatankuasa parti berkenaan yang sebenarnya merujuk kepada individu lain.

Sementara pemeriksaan dengan Jabatan Pendaftaran Negara pada MyKad seorang lagi ahli Jawatankuasa yang dikemukakan mendapati individu berkenaan tidak wujud.

Katanya, ROS masih menjalankan siasatan ke atas permohonan parti itu untuk menukar nama dan keterangan akan diambil dari beberapa lagi saksi.

Selagi siasatan belum selesai, Mohd Ezam tidak dibenarkan menggunakan nama PBR.

Mohd Ezam sudah terkenal dalam negara sebagai jaguh ‘lompat parti’ kerana begitu kerap melompat meninggalkan parti yang disertai meskipun tempohnya masih tidak lama.

Ketika menyertai PPBM selepas keluar dari UMNO, Mohd Ezam membuat keputusan keluar parti itu hanya selepas beberapa minggu menyertai PPBM.

Betapa tergamak kerana kuasa Khairuddin dan Mohd Ezam sanggup menyalahguna kuasa yang untuk memberikan bantuan ini. – pru14.tv

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*