LAFC Tawar £5 juta Kepada Zlatan Ibrahimovic

Share This:

ZLATAN Ibrahimovic akan ditawarkan sebanyak £5 juta semusim oleh Los Angeles FC (LAFC) bagi membawa pemain berkenaan ke liga Amerika Syarikat.

Tawaran itu termasuk membenarkan dia untuk pulang semula ke Manchester United pada musim seterusnya.

Penyerang berusia 35 tahun itu akan menamatkan kontraknya di Old Trafford pada akhir musim ini.

Berikutan itu LAFC berharap dapat menandatangani Zlatan sebelum Mac tahun depan iaitu sebelum liga membuka tirainya.

“Kami telah bercakap dengan pemain ini dan kami ingin menjadikan dia sebagai legenda LAFC.

“Kami sedia menyerahkan dia kembali bagi membolehkan Zlatan beraksi di peringat Eropah,” kata pemilik LAFC, Tom Penn.

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*