Kau Duri, Mereka Nyawa

Share This:

Bagi saya, ilmu dan pengalaman seseorang itu tidak sama dan sangat berharga. Saya juga berpendapat more heads are much better than one. Tambahan lagi, bila satu kepala tu sedang tidak dapat berfungsi dengan baik kerana berada di dalam keadaan tertekan. Rasulullah pun kongsikan saat sukar baginda S.A.W kepada isteri baginda dan juga kepada para sahabat yang mulia.

Bagaimana dan dari mana harus aku mulakan?

Saya baru sahaja lebih kurang sebulan bercerai. It is the old boring story. Isteri yang bersama-sama dengan suami dari hanya sehelai tikar dan sebuah motor usang sehingga sedikit senang. Saya bantu dan support suami. Suami selalu kata tak cukup untuk beri nafkah. Jadi tak apa isteri kerja, isteri beli semua.

Tetapi kemudian saya tiba-tiba dapat surat dari mahkamah memberitahu suami dah kahwin lain di Thailand. Semua kepahitan itu, rumah kereta dan kwsp suami, perempuan tu dah caras awal-awal. Maruah saya dipijak bersama-sama perempuan tu dan bekas suami. Semua dah berlalu dan saya pun berusaha untuk maafkan.

Sungguh kalau boleh ~ “aku tak nak kau atau anak-anak kau rasa apa yang aku dan anak-anak aku rasa ni”.

Isunya sekarang :
Pertama, saya kasihan dengan anak kami yang baru berumur 6 bulan. Dia seperti sangat-sangat merindukan ayahnya. Kalau boleh saya tak mahu nak pisahkan kasih sayang anak dan ayah. Meskipun, bekas suami tu macam tak pandang je anak dia ni tapi anak ni apala yang dia tahu. Yang dia tahu dia rindu pada ayah dia.

Bila ayah dia datang, meronta-ronta dia nak pergi pada ayah dia. Bila ayah dia tiada kadang-kadang saya nampak anak lelaki saya ni termenung. Satu hari tu, saya bawa anak ke indoor playground, elok dia tengah main, tiba-tiba ada seorang lelaki bawa anak dia main, isteri dia pergi shopping kot. Anak lelaki saya terus meluru peluk kaki lelaki tu nak minta dokong.

Aaduh, masa tu saya dah rasa malu. Mana pula isteri mamat ni sbb saya segan nak ambil anak saya dekat lelaki tu. Tiba-tiba, dah terasa takut orang kata saya nak ganggu suami orang pula. Dalam hati, Ya ALLAH sedihnya anak saya perlu seorang ayah dalam hidupnya. Perempuan tu tergamak berkata saya tak pandai jaga suami, tak pandai kemas rumah depan suami saya sendiri tapi suami buat tak dengar je.

Perempuan tu tergamak menengking saya ketika saya dalam labor room, yang tergamak ambil barang kemas dan baju-baju saya ketika saya tidak ada di rumah kerana kerja, kursus dan berpantang (cerita dari anak perempuan saya yang berumur 6 tahun. Patutlah barang-barang saya banyak yang hilang) hati ibu dan perempuan saya ni tak tergamak nak biar bekas suami bawa anak-anak saya bermalam di rumah dia bersama perempuan tu.

Tapi bila tengok anak dah rindu sangat, saya tabahkan hati biarkan dia bermalam bersama ayahnya di rumah perempuan itu. Kemudian sepulangnya anak-anak ke rumah, badan anak saya berbekas lebam, merah melecet. Sebelum ni anak yang perempuan tu dah mengadu mak tiri dia marah dia tak bagi makan dan lain-lain.

Saya terpaksa tinggalkan mereka sebab saya bekerja shift tapi sekarang boleh je kalau saya nak bawa anak-anak pindah tak perlu jumpa ayah mereka lagi tapi adakah saya pentingkan diri? Maaf ayat dan cerita saya berterabur. Saya cuba buat yang terbaik. Aidilfitri tahun ini, mula-mula saya fikir tak nak balik kampung sebab kampung saya dekat dengan kampung bekas suami.

Tak sanggup rasanya nak tengok dia dan keluarga barunya berriang gembira di hari raya bersama mertua dan ipar duai saya. Sedangkan saya. Saya rasa macam nak duduk KL je dengan kedua-dua anak saya, Tengok kartun dan makan kuih. Kemudian pergi panggung wayang tapi ini adalah aidilfitri pertama anak lelaki saya.

Ada sesiapa yang pernah alami? Tak kisah nak kata saya bodoh ke apa. Saya akui memang saya bodoh. Saya selalu beri sangka baik kepada bekas suami dan isterinya, walaupun macam-macam benda buruk jadi. Doa saya sebelum ini Ya ALLAH lepaskanlah saya dan anak-anak saya dari aniaya madu dan suami saya. Alhamdulillah, banyak perkara ALLAH mudahkan. Cuma inilah dugaan baru-baru bercerai, banyak perkara mampu saya hadapi tapi inilah dua perkara yang buat saya buntu. Nasihatkan saya bagaimana untuk menjadi ibu yg baik dalam keadaan yang mustahil ini.

-pru14.tv-

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*