“Daddy Mampu Bagi Ni Je,”-Black Hadiahkan Isteri Mini Cooper

Share This:

Bertuah betul bila dapat suami penyayang dan romantik macam Black Hanifah ni.

Mana tidaknya, penyanyi ini baru sahaja membuat kejutan untuk isteri tersayang dengan menghadiahkannya sebuah kereta model Mini Cooper.

Mahu berkongsi kegembiraan bersama peminatnya, Black telah memuat naik sebuah video di Instagram.


Dalam rakaman itu, isterinya, Naquia Yasirah Mohd Khairi terkejut dan terharu apabila dihadiahkan kereta mewah berwarna putih itu.

Kapsyennya berbunyi, “Daddy tak mampu bagi bintang dan bulan. Hanya boleh bagi ni ja. #nyawablack @cirakhairy #blackpirlo #surprise #minicoopers #anugerahterindah.”

Ruangan komen dibanjiri dengan ucapan tahniah daripada peminat yang memuji tindakannya dalam membahagiakan pasangan.

Black dan isteri mendirikan rumah tangga pada September 2013. Mereka dikurniakan cahaya mata sulung, Khaleef Dayyan pada 13 Januari 2015.

Diharap hubungan yang dibina ini akan kekal hingga ke Jannah.

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*