Beli Pakej Travel Palsu Di Krabi, Rakyat Malaysia Ditipu

Share This:

Sekumpulan warga Malaysia yang juga pelajar universiti swasta di Malaysia membuat laporan polis di Balai Polis Aonang, Krabi apabila mendapati pakej pelancongan yang dibeli daripada seorang warga Thailand bernama Theeradet Saetiew merupakan pakej pelancongan yang tidak wujud.

Menurut pegawai Polis Pelancong Krabi, Sub Lt Suwan Tuamsri, lelaki warga tempatan itu menggunakan sebuah syarikat pelancongan bereputasi untuk menjalankan kegiatan haramnya.

“Mereka tiba di Krabi semalam tetapi tidak dapat menghubungi lelaki tersebut. Mereka telah memindahkan wang THB38,500 kepada Theeradet sebagai bayaran untuk keseluruhan pakej itu.”

“Harga yang ditawarkan kepada kumpulan pelancong Malaysia itu adalah sangat murah berbanding pakej yang ditawarkan oleh agen pelancongan yang lain.”

Bagaimanapun, atas rasa simpati dengan situasi yang dihadapi kumpulan warga Malaysia itu, pelbagai pihak di Thailand bertindak membawa kumpulan tersebut ke destinasi-destinasi popular di Krabi seperti yang ditawarkan dalam pakej palsu yang dibeli daripada Theeradet.

“Mereka nampak gembira dengan apa yang kami lakukan untuk mereka,” kata Suwan.

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*