Ahmad Razif Terima Hadiah Istimewa Daripada Azizul

Share This:

Pada hari ini, anak jati Dungun Terengganu Azizulhasni Awang memberikan hadiah kenangan istimewa kepada pemimpin nombor satu negeri Menteri Besar Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman iaitu sepasang sarung tangan ketika majlis sambutan di Wisma Darul Iman.

Kelengkapan itu pernah beliau gunakan dalam beberapa kejohanan peringkat antarabangsa pada sebelum ini termasuk Sukan Olimpik Rio 2016.

Walaupun nilai tidak seberapa, pemberian itu amat bermakna dan sebagai menghargai sumbangan dan bantuan berterusan dalam bidang sukan yang diberikan oleh Ahmad Razif dan kepimpinan kerajaan negeri.

Ia bukan sekadar pemberian biasa kerana Azizul memberi penghormatan tertinggi kepada MB Razif kerana pemimpin utama negeri itu antara yang memberikan sokongan padu untuk beliau mencapai kejayaan cemerlang sebelum ini.

Netizen dan rakyat menyifatkan hadiah berkenaan sebagai amat signifikan dengan hubungan yang akrab antara pemimpin dan penggiat sukan tersohor negeri dan negara itu.

The Pocket Rocketman berharap kejayaan yang diraih pada Kejohanan Basikal Dunia minggu lalu menjadi inspirasi dan motivasi kepada rakyat Terengganu terutamanya golongan muda dan kanak-kanak untuk melakar lebih banyak pencapaian membanggakan di masa hadapan.

Dalam majlis sambutan yang diadakan bermula dari Lapangan Terbang Sultan Mahmud sehingga ke Wisma Darul Iman disertai ribuan orang ramai termasuk pelajar sekolah yang membanjiri jalan raya memberi sokongan kepada Jijoe.

Sementara itu, Ahmad Razif turut mengumumkan insentif RM200,000 untuk Azizul di atas kejayaan mendapat tempat pertama dalam Kejohanan Berbasikal Trek Dunia di Hong Kong minggu lalu sekaligus pencapaian pertama di rantau Asia Tenggara.

-pru14.tv-

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*