Aaron Kwok Selamat Tamat Zaman Bujang Usia 51 Tahun

Share This:

Pelakon terkenal antarabangsa, Aaron Kwok akhirnya menamatkan zaman solonya dengan seorang model iaitu Moka Fang.

Aktor kacak berusia 51 tahun itu memilih untuk mengadakan perkahwinan secara tertutup di Swanky Peninsula Hong Kong.

Foto: Apple Daily

Menurut Apple Daily, majlis tersebut dikawal ketat oleh sekuriti dan medai juga dihalang dari membuat liputan tentangnya.

Walau bagaimanapun, Aaron telah mengedarkan beberapa foto perkahwionannya khas untuk tatapan peminat.

Pada hari bahagia itu, Aaron segak mengenakan sut daripada Tom Ford manakala isterinya pula memakai persalinan putih rekaan Georges Hobeika, lengkap dengan barang kemas daripada Louis Vuitton High Jewellery.

Foto: Apple Daily

Sebelumnya, Moka yang baru berusia 29 tahun itu telah memberi bayangan akan berkahwin apabila memuat naik foto sepasang kasut tinggi di Instagram miliknya.

Tahniah, semoga pasangan sama cantik sama padan ini bahagia hingga ke anak cucu.

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*