Zakir Naik Vs Ananda Krishnan

Share This:

PEMBANGKANG yang diketuai DAP dilihat terlalu memusuhi Islam sehingga menolak dan mengeji semua perkara yang menpunyai kaitan dengan agama rasmi negara itu.  Malah individu yang langsung tidak mempunyai kaitan dengan mereka namun memandangkan individu tersebut mempunyai kaitan dengan Islam maka beliau akan menjadi mangsa serangan pihak Pakatan Harapan yang dipimpin oleh DAP.

Baru-baru ini, Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang, P.Ramasamy menyifatkan Malaysia tidak sepatutnya memberi pelindungan kepada pendakwah terkenal Dr Zakir Naik yang kini menghadapi beberapan tuduhan yang diragui di negara asalnya India.

Kita amat maklum bahawa dalam semua ceramah Zakir Naik pasti ada sahaja orang yang memeluk agama Islam hasil dari penerangan yang penuh hikmah dan mudah difahami. Beliau menyampaikan dakwah Islam secara terperinci dan membidas kenyataan agama lain dengan kenyataan dari hafalan ayat-ayat dari kitab Al-Quran, Injil dan pelbagai lagi.

Bagi orang yang kafir yang memusuhi Islam, Zakir Naik dilihat sebagai musuh utama mereka. Beliau mempunyai keupayaan yang besar untuk mendedahkan kekurangan dan keburukan nyata dalam agama-agama lain melalui kepintaran beliau memahami secara mendalam kitab-kitab tersebut.

Oleh itu, tindakan pembangkang yang diketuai DAP cuba menyerang Zakir Naik itu merupakan perkara yang dijangkakan. Namun persoalannya tindakan “double standard” mereka terhadap individu yang berada dalam situasi yang lebih kurang sama dipertikaikan oleh ramai rakyat negara kita.

Ramasamy mendakwa melindungi Zakir Naik daripada “jangkauan undang-undang” memberi imej yang buruk kepada Malaysia. Ramai pihak mempersoalkan kenapa P.Ramasamy seperti tidak faham perundangan negara dan antarabangsa serta cuba mengambil kesempatan politik diatas kenyataan yang telah beliau buat.

Beliau diingatkan agar jangan campur urusan undang-undang antara negara India dan Malaysia jika tidak memahaminya. Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah memaklumkan pendakwah terkenal Dr Zakir Naik tidak dihalang masuk dan tinggal di Malaysia kerana beliau tidak tersenarai sebagai entiti pengganas dalam senarai undang-undang antarabangsa.

Pihak KDN berkata Zakir tidak terkandung dalam senarai Resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa Bersatu (UNSCR) 1988 dan UNSCR 1267. Oleh itu, KDN menyatakan bahawa tiada halangan bagi Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) ke atas kemasukannya kerana tidak melanggar undang-undang negara.

Jelas KDN, JIM hanya menyenarai hitam individu yang dianggap mengancam keselamatan negara berdasarkan maklumat disalurkan agensi penguat kuasa berkaitan.

Zakir disiasat di India kerana dikatakan menyebar kebencian kaum dan menyanjung keganasan. Malah pendakwah terkenal itu juga dilaporkan dikehendaki oleh Direktorat Penguatkuasaan India dalam kes pengubahan wang haram. Bagaimanapun, itu semua hanya siasatan dan belum terbukti Zakir didapati bersalah. Justeru, siapa P.Ramasamy mahu mempertikai kehadiran Zakir ke Malaysia?

Adakah P.Ramasamy lupa yang hartawan terkenal Ananda Krishnan juga sedang menghadapi tindakan perundangan serupa di negara India. Kenapa beliau tidak mendesak kerajaan Malaysia menghantar saja Ananda Krishnan ke India? Adakah beliau terlepas pandang ataupun atas dasar tiada berkepentingan untuk politik beliau?

Adakah tindakan P.Ramasamy tersebut berdasarkan kepada diskriminasi agama yang dikatakan menjadi pegangan pembangkang yang dipimpin DAP. Malah beliau disarankan supaya cermin diri beliau sebelum mahu membicarakan masaalah orang lain.

Memetik artikel yang dikeluarkan oleh Sinar Harian, Zakir Naik menghadapi banyak cabaran untuk menyampaikan dakwah Islamiah memandangkan beliau dianggap sebagai ancaman utama kepada agama-agama Lain.

Antara cabaran yang dihadapinya adalah digelar sebagai pengganas oleh beberapa pihak, sementara yayasan naungannya, Islamic Research Foundation (IRF) digantung kerajaan India atas pelbagai alasan.

Walaupun menghadapi pelbagai rintangan, beliau bersyukur kepada ALLAH SWT kerana masih memberi kekuatan kepadanya untuk melakukan dakwah, tugasan yang dijalankannya aktif lebih 25 tahun lalu.

  1. Media antarabangsa melaporkan abang dan kakak anda kini disiasat polis berikutan dakwaan yang mengatakan yayasan seliaan anda, Islamic Research Foundation (IRF) membiayai dana untuk kumpulan pengganas. Apa penjelasan anda?

Berhubung tuduhan yang mengatakan saya dengan aktiviti penyelewengan wang dan pemberian dana untuk tujuan keganasan, saya sentiasa menghantar segala rekod transaksi yayasan saya kepada kerajaan India setiap tahun untuk tempoh 25 tahun. Dalam tempoh tersebut, tidak pernah satu tuduhan yang pernah dibuat oleh mana-mana pihak terhadap saya. Isu ini lebih terarah kepada politik pihak tertentu. Tidak pernah berlaku dalam sejarah dunia yang mana seorang pendakwah terkenal dunia dituduh oleh beberapa pihak sebagai seorang pengganas. Saya pernah merangkul Anugerah Raja Faisal, anugerah tertinggi dalam dunia akademik Islam, Anugerah Al-Quran Dubai yang merupakan anugerah kedua tertinggi selepas Anugerah Raja Faisal, tokoh Maal Hijrah dan beberapa anugerah lagi di beberapa buah negara. Alhamdulillah, banyak negara Islam yang bangun untuk menyokong saya dari belakang. Tetapi persoalan utama, adakah umat Islam di seluruh dunia bersatu untuk mempertahankan individu tersebut.

Saya tidak menafikan ada orang Islam yang menyokong agenda pihak ini untuk kepentingan mereka. Alhamdulillah, ALLAH SWT telah menyelamatkan saya banyak kali dalam tempoh 25 tahun ini. Saya tidak akan menyesal sekiranya saya ditakdirkan untuk memasuki penjara. Lihat kepada Rasullah SAW yang berhijrah dari Makkah (ke Madinah) dan kembali semula ke Makkah beberapa tahun kemudian.

2. Adakah anda turut diburu polis India untuk membantu siasatan itu?

Biar saya ceritakan sedikit sejarah sebelum dakwaan ini berlaku. Pada 1 Julai 2015, Dhaka, Bangladesh bergegar apabila satu kumpulan pengganas menyerang bandar raya itu dan serangan tersebut mengorbankan 25 mangsa. Dua hari kemudian, terdapat laporan daripada sebuah media Bangladesh yang mengatakan salah seorang daripada ahli kumpulan itu adalah peminat saya. Daripada laporan tersebut, beberapa buah media India mengambil laporan itu dan ini sekali gus membuatkan nama saya meledak secara tiba-tiba. Dari situ, ribuan Muslim India bangkit untuk mempertahankan saya. Dan Alhamdulillah, setahun kemudian, Parlimen India mengesahkan bahawa saya tidak terlibat dengan sebarang gerak kerja kumpulan pengganas kerana tidak menjumpai apa-apa kaitan saya dengan mana-mana kumpulan pengganas. Namun, selepas beberapa bulan, pihak berkuasa ini kembali menyiasat semula kes berkenaan. Pada bulan September 2015, kerajaan India mengambil keputusan untuk menggantung yayasan saya bagi tempoh lima tahun. Melihat pada situasi tersebut, dalam satu sidang media, saya mengatakan bahawa saya bersedia untuk disiasat oleh pihak berkuasa India. Sekiranya mereka mahu melakukan pendakwaan, saya bersedia untuk didakwa di mahkamah dengan syarat pendakwaan itu didengari di mahkamah negara lain. Saya juga bersedia sekiranya kes ini dibawa ke mahkamah Malaysia untuk dibicarakan mengikut lunas undang-undang antarabangsa. Saya tidak takut.

3. Berapa ramai memeluk Islam di hadapan anda?

ALLAH SWT adalah Tuhan yang menyimpan segala rekod hidup kita. Hanya Dia yang akan mengizinkan sama ada seseorang itu memeluk Islam atau tidak. Saya hanya bertugas sebagai orang yang bertanggungjawab mengajak dan mengajar masyarakat mengenai Islam. Saya sentiasa berdoa supaya ALLAH SWT mempermudah kan urusan saya untuk mengajar masyarakat dan menerima apa yang saya buat ketika ini.

4. Bagaimana anda melihat masyarakat Islam di Amerika Syarikat (AS) selepas Donald Trump dipilih menjadi presiden AS?

Saya tidak mempunyai angka berhubung perkara ini kerana tidak membuat sebarang kajian. Tetapi, setelah insiden 11 September 16 tahun yang lalu, yang mana agama Islam dikecam dengan teruknya oleh majoriti masyarakat dunia, jumlah rakyat AS yang memeluk Islam dianggarkan dalam 34,000 orang dalam tempoh 10 bulan pertama selepas insiden itu. Lebih teruk sesebuah pihak mengecam Islam, lebih ramai masyarakat yang ingin mengenali dan memeluk Islam. Jangan takut untuk memberi maklumat mengenai Islam kepada masyarakat. Tetapi, takutlah kepada ALLAH SWT. ALLAH SWT telah berjanji bahawa Islam akan bangkit. Kita perlu melahirkan kepercayaan terhadapNYA.

5. Adakah anda sudah mempersiapkan seseorang sebagai penyambung legasi pendakwah penceramah setaraf anda?

Kita sudah merancang beberapa perkara untuk berdakwah demi Islam. Saya sudah mengajar kanak-kanak kecil mengajar dan menghafal Al-Quran sejak umur 2 tahun. Saya sudah meramalkan beberapa tahun lalu apa yang akan berlaku terhadap saya sekiranya melakukan kerja dakwah dan hari ini, ia telah berlaku. Memang kerja dakwah akan menghadapi cabaran serta dugaan dari pelbagai sudut. Kita lihat Rasullah SAW yang menghadapi pelbagai cabaran untuk berdakwah selama puluhan tahun. Ini semua keizinan ALLAH SWT.

6. Apakah rahsia anda hingga boleh hafal kitab-kitab agama lain?

Ia adalah satu rahsia terbuka. Ini semua adalah bantuan ALLAH SWT. Saya pernah beritahu anak saya, walaupun dia berjaya menghafal kitab, tanpa bantuan ALLAH SWT, dia tidak mungkin akan berjaya.

Saya pernah gagal dalam peperiksaan bahasa Inggeris. Tetapi, dengan bantuan ALLAH SWT, saya berjaya bertutur dalam bahasa Inggeris. Alhamdulillah

– PRU14.tv

Comments

comments

One thought on “Zakir Naik Vs Ananda Krishnan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*