Syamsul Yusof, Puteri Sarah Selamat Timang Anak Lelaki

Share This:

Tahniah diucapkan kepada pasangan Syamsul Yusof dan Puteri Sarah Liyana yang selamat menimang cahaya mata lelaki pagi tadi kira-kira jam 6.30 pagi. Bayi lelaki sulung itu dilahirkan dengan berat 3.5 kilogram di Pusat Perubatan Pantai Bangsar. Namanya yang diberikan juga comel, iaitu Syaikhul Islam Mohd Shamsul.

“Pejuang Islam itu muncul dalam pelbagai medan, bidang dan cara. Mudah-mudahan kamu menjadi pejuang Islam yang ikhlas wahai Syaikhul Islam Bin Mohd Syamsul. Marhaban ya Syaikhul Islam. Terima kasih isteri, Puteri Sarah Liyana,” tulisnya menerusi akaun Instagramnya pagi tadi.

Menerusi perkongsian di Instagram itu, ramai peminat yang turut meraikan berita gembira pasangan terbabit, termasuk memberikan ucapan tahniah sempena kelahiran anak sulung mereka. Dalam masa yang sama Syamsul juga turut berkongsikan sedikit wajah anak lelakinya itu.

Terdahulu, Syamsul dan Puteri Sarah telah mendirikan rumah tangga pada awal Mac 2014 di kediaman keluarga pelakon terbabit di Damansara. Hasil dari perkahwinan tersebut, mereka belum dikurniakan sebarang cahaya mata lagi dan ini merupakan bayi sulung pasangan ini.

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*