Sumbat Botol Deodorant Dalam Kemaluan Rakan, 4 Remaja Dituduh

Share This:

Empat pelajar sekolah pemulihan akhlak Tunas Bakti Melaka dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Ayer Keroh hari ini apabila bertindak menjijikkan dengan memasukkan botol deodorant ke dalam kemaluan rakan perempuan mereka minggu lalu.

Keempat-empat tertuduh bagaimanapun mengaku tidak bersalah sejurus kertas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Ahmad Sazali Omar.

Mengikut pertuduhan, kesemua mereka didakwa melakukan hubungan seks dengan objek dengan cara memasukkan satu botol deodorant ke dalam kemaluan seorang remaja perempuan berumur 17 tahun di sebuah bilik sekolah berkenaan sekitar 5 petang, 9 April lalu.

Justeru, kesemua tertuduh yang masih bersekolah didakwa mengikut Seksyen 377C(a) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara minimum lima tahun dan maksimum 30 tahun dan juga sebatan.

Peguam Andrew Lourdes yang mewakili keempat-empat tertuduh kemudian memohon tertuduh diikat jamin sebanyak RM5,000 setiap seorang dengan alasan kesemua berasal daripada keluarga yang berpendapatan rendah.

Tambahnya, sekiranya jumlah tinggi dikenakan, tertuduh yang tidak mampu membayar akan dihantar ke Penjara Sungai Udang dan keadaan itu tidak sesuai bagi kesemua mereka yang masih muda.

Sejurus mendengar hujahan kedua-dua pihak, Ahmad Sazali pada penghakimannya kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM15,000 setiap seorang dan menetapkan 17 Mei ini sebagai tarikh laporan perubatan dan sebutan semula kes.

Ahmad Sazali turut memerintahkan tertuduh untuk diasingkan daripada mangsa dan saksi-saksi pendakwaan.

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*