Siti Hasmah Tidak Wajib Pakai Tudung? Rambut Palsu Bukan Aurat?

Share This:

MEMANG melampau sikap pentaksub Tun Dr. Siti Hasmah Mohd Ali yang bertindak menyerang sesiapa sahaja mempersoalkan kesalahan yang dilakukan oleh isteri kepada Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Beberapa hari yang lalu, PRU14.tv dengan penuh ikhlas menegur Siti Hasmah yang dilihat gagal memaparkan peribadi seorang muslimah walaupun berada dipenghujung usia beliau.

BACA : Sampai Bila Siti Hasmah Tolak Bertudung?

Teguran tersebut telah mengundang serangan dari pihak pembangkang. Malah sebuah blog pro pembangkang melalui artikel bertajuk Siti Hasmah Tidak Wajib Memakai Tudung – Ustaz Harun Amanah turut mempertahankan tindakan isteri Mahathir walaupun hujah mereka menyimpang jauh dari ajaran Islam yang sebenar.

Memetik artikel blog tersebut, isteri Tun Dr. Mahathir, Tun Dr. Siti Hasmah Ali, sudah jatuh hukum tidak wajib memakai tudung kerana secara teknikalnya beliau sudah tidak lagi mempunyai rambut. Ini kerana yang kita lihat itu adalah rambut palsu dan rambu palsu bukanlah sebahagian dari aurat dalam Islam, menurut seorang pakar ilmu agama dari parti Amanah, Ustaz Harun.

Berdasarkan kepada dakwaan blog tersebut bahawa Siti Hasmah tidak lagi mempunyai rambut dan kini memakai rambut palsu, rakyat Malaysia ingin bertanya kepada Siti Hasmah, apakah hukumnya seorang wanita itu memakai rambut palsu?

Bagi memudahkan semua pihak, PRU14.tv paparkan jawapan kepada hukum memakai rambut palsu.

Apa hukumnya wanita yang menyambung rambutnya dengan rambut tambahan (wig/sanggul/konde, red) ?

Jawab:
Kaum wanita diharamkan/dilarang menyambung rambut mereka dengan rambut tambahan(wig/sanggul, red) atau dengan benda lainnya yang menyerupai rambut. Berdasarkan dalil-dalil yang melarang hal tersebut. (“Hadits Asma binti Abu Bakar radiyallahu ‘anha, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wassallam melaknat wanita yang menyambung rambutnya (dengan rambut palsu/konde) dan wanita yang minta disambungkan rambutnya (Muttafaqun ‘alaihi)”, red)

Sekiranya benar dakwaan blog pro pembangkang tersebut yang mengatakan Siti Hasmah memakai rambut palsu maka rakyat Malaysia mengecam tindakan beliau tersebut sekeras-kerasnya memandangkan telah sahih bahawa rambut palsu itu haram dalam Islam. Malah ianya dilaknat Allah s.w.t.

Kita amat bersedih dengan nasib yang menimpa Siti Hasmah. Walaupun beliau seolah-olah dikelilingi oleh keluarga tersayang namun mereka gagal menjalankan tanggungjawab untuk menegur tindakan Siti Hasmah tersebut, terutamanya suami beliau Tun Dr Mahathir Mohamad.

  • PRU14.tv

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*