Servis Ojek Untuk Jembalang

Share This:

Hari ni, saya ingin berkongsi sebuah kisah seram semasa belajar di sebuah kolej swasta di Sungai Petani 3 tahun lalu. Kejadian yang terjadi pada waktu malam (lebih kurang 11.30mlm) semasa saya berkonvoi bermotorsikal bersama seorang rakan pulang ke rumah sewa yang terletak berdekatan dengan kawasan tersebut.

Kejadian yang terjadi ketika kami di kawasan Gurun. Pada masa kejadian, saya berada di hadapan manakala rakan saya mengikuti dari belakang. Setelah melepasi pekan Gurun, motorsikal yang saya tunggangi dari kelajuan 100kmj, menjadi hanya 60kmj akibat berat yang melampau, sedangkan dah pulas trottle motorsikal tu selaju yang boleh, namun gag.

Saya tidak pasti sama ada rakan saya menghadapi perkara yang sama atau tidak. Saya merasakan ada sesuatu yg pelik berlaku ketika itu. Namun saya menguatkan diri saya untuk hadapi perkara tersebut sehinggalah sampai ke rumah sewa kami.

Sesampainya di rumah sewa, rakan saya ada menceritakan kepada saya bahawa ada sesuatu yang membonceng motorsikal saya. Sehinggalah keesokannya saya demam selama tiga hari. Baru saya tahu bahawa kawasan yg saya alami kejadian tersebut merupakan kawasan yang keras dan dinasihati orang ramai (terutamanya yg arif tentang kawasan tersebut) supaya jangan dilalui pada waktu malam, lebih-lebih lagi pada lewat malam.

-pru14.tv-

Comments

comments

One thought on “Servis Ojek Untuk Jembalang

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*