PPBM Parti Tunggang Langgang Ciptaan Mahathir Dan Muhyiddin

Share This:

Enam bulan yang penuh masalah. Inilah kenyataan sebenar yang menyelubungi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) yang diasaskan oleh Tun Dr Mahathir dan Tan Sri Muhyiddin Yasin. Manakan tidak, satu persatu masalah muncul setelah pucuk pimpinan parti sendiri tidak mempunyai hala tuju yang jelas selain daripada mengutamakan dendam kesumat terhadap kerajaan Barisan Nasional.

Bagi mereka yang mengikuti perjalanan politik, untuk menguruskan sebuah parti politik, bukanlah satu perkara yang mudah. Disamping perlu menetapkan hala tuju, kemahuan ahli dan mereka yang merasakan diri mereka layak untuk dicalonkan sebagai calon pilihan raya juga harus ditangani dengan berkesan. Namun semua itu gagal di lakukan oleh pucuk pimpinan PPBM sejak ditubuhkan sekitar bulan September tahun lalu.

Sebenarnya, masa depan parti ini sudah boleh dijangka. Bermula dengan penolakan orang kuat Mahathir sendiri, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan terhadap Presiden PPBM, Tan Sri Muhyiddin Yasin, sehinggalah krisis kepercayaan terhadap pemimpin tertinggi parti, semuanya menggambarkan PPBM adalah sebuah parti politik yang tonggang langgang dan rapuh.

Terbaru, seorang Ahli Majlis Tertinggi PPBM, Kamarulazman Habibur Rahman hari ini mengumumkan perletakkan jawatannya di dalam PPBM berkuat kuasa serta merta. Keadaan ini sudah cukup menggambarkan PPBM ciptaan Mahathir dan Muhyiddin sudah cukup tenat. Impian mereka untuk menumbangkan Datuk Seri Mohd Najib atas dendam kesumat mereka nampaknya telah memakan diri.

Apa yang melucukan adalah, kewujudan PPBM ini hanya disebabkan oleh Mahathir itu sendiri. Manakan tidak, dalam banyak krisis yang berlaku di dalam PPBM, langsung tiada kelibat Muhyiddin selaku Presiden parti untuk meredakan keadaan. Lebih melucukan, Timbalannya sendiri, Datuk Seri Mukhriz Mahathir juga memilih untuk mendiamkan diri.

Sebelum ini, mereka melaungkan perjuangan mereka untuk menyelamatkan Malaysia dari pelbagai tuduhan salah laku dan membela nasib rakyat Malaysia, hari ini, slogan berkenaan lebih sesuai andai digunakan untuk menyelamatkan PPBM dari pupus dalam arus politik Malaysia.

Mungkin PPBM hari ini dilihat masih mampu berdiri, itupun disebabkan kelibat Mahathir. Andai tiba waktunya kelak, adakah PPBM masih mampu berdiri? Untuk ini, jawapannya mudah, sudah tentu tidak. Ini kerana, semasa Mahathir masih hidup pun masalah dalaman parti gagal diuruskan, apatah lagi setelah ketiadaan Mahathir kelak.

Muhyiddin dan Mukhriz bukanlah seorang pemimpin yang mampu menerajui sebuah parti politik. Hari ini, boleh dikatan setiap minggu, ada sahaja ahli PPBM yang akan meninggalkan parti. Andai ini terus berlaku, sebaik sahaja pengumuman pemenang pada Pilihan Raya Umum ke 14 diumumkan, andai tidak memihak PPBM dan Pakatan Harapan, maka disitulah tarikh akhir jangka hayat PPBM dalam arus politik tanahair.

Comments

comments

Related Post

One thought on “PPBM Parti Tunggang Langgang Ciptaan Mahathir Dan Muhyiddin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*