Penjelajah Kutub Utara (KE7B) Dijangka Tiba Di 90 Degree 5 Hari Lebih Awal

Kumpulan ekspedisi yang terdiri daripada Presiden Ekspedisi Kelab Eksplorasi 7 Benua Malaysia (KE7B) Kutub Utara 2017, Muhamad Muqharabbin Mokhtaruddin serta dua ikon sukan lasak negara, Mohd. Irwan Yusoff Abdullah serta Shahrom Abdullah yang sedang dalam misi menjelajah Kutub Utara dijangka tiba di 90 degree pada 20 April.

Ini bermakna mereka akan tiba 5 hari lebih awal dari jadual. Sepatutnya perjalanan memakan masa selama 11 hari, namun dengan perkembangan terkini dan perjalanan makin lancar, maka tiga penjelajah kita mensasarkan untuk tiba ke garisan penamat esok sekali gus menamatkan perjalanan dengan memakan masa 6 hari sahaja.

Perkara tersebut dikongsi melalui facebook Penasihat KE7B, Datuk Akmar Hisham Mohd Yusuf .

Berdasarkan perancangan, Ekspedisi KE7B Kutub Utara 2017 akan membabitkan perjalanan berski sejauh 111 kilometer yang memakan masa selama 11 hari bermula dari Stesen Barneo ke Titik Kosong Darjah Kutub Utara. Kita doakan yang terbaik untuk mereka.

  • PRU14.tv

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *