NGO Tidak Puas Hati Tengku Adnan Hanya Tegur Restoran Mamak Sahaja

Share This:

Presiden Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin (PMSP) Ramesh Rao hari ini berasa tidak puas hati dengan kritikan Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor yang menegur restoran mamak kerana meletakkan harga melampau untuk Teh Tarik dan Roti Canai.

Dalam satu kenyataan media hari ini, beliau mahu menteri berkenaan tidak hanya menujukan teguran itu kepada restoran kendalian mamak sebaliknya kepada semua restoran lain yang turut dikesan menaikkan harga.

Kenyataan Tengku Adnan berkenaan boleh dianggap bersikap perkauman kerana hanya menujukan kata-kata itu kepada restoran kendalian India Muslim sahaja.

“Saya bukan berniat rasis, tetapi saya minta Menteri BN jangan jadi rasis.

“Kenapa hanya kedai makanan milik India dan mamak menjadi sasaran dalam isu kenaikan harga?

“Kenapa tak berani tegur peniaga makanan berbangsa lain? pembekal bahan-bahan mentah?,” katanya dalam kenyataan berkenaan yang turut ditulis oleh Ramesh di media sosial Facebooknya.

Menurut Ramesh, kenapa teguran itu tidak diberikan kepada pengendali restoran lain seperti Old Town White Coffee, Secret Recipe? Adakah kerana pihak kerajaan takut?

“Saya minta Menteri BN dan pemimpin pembangkang jangan keluarkan kenyataan sesuka hati… Fikir dulu sebelum cakap… Jangan jadi mangkuk hayun.

“Siasat apa punca kenaikan harga barangan,” katanya.

Pada 15 April lalu di Shah Alam, Tengku Adnan berkata walaupun subsidi gula lebih awal dikurangkan sebanyak 34 sen sekilogram, beberapa restoran menaikkan harga secawan teh tarik sebanyak 50 sen.

“Adakah terdapat satu kilogram gula di dalamnya (secawan teh tarik)? Mengapa?
“Begitu juga dengan tepung dan minyak masak. Mengapa harga sekeping roti canai naik mendadak?

“Jangan mencatut. Haram (dilarang)!” katanya pada mesyuarat agung tahunan Kongres India Muslim Malaysia (KIMMA), Sabtu lepas.

Kenyataan Ramesh di laman media sosial disambut baik oleh ramai pihak kerana sikap tidak memilih bulu dalam memberikan kritikan sama ada kepada pemimpin kerajaan mahupun pemimpin pembangkang.

Melalui PMSP, Ramesh memperjuangkan hak rakyat dari semua aspek termasuk politik mengelakkan rakyat ditindas oleh pemimpin yang mengamalkan politik jahat juga memperjuangkan nasib rakyat yang kini berdepan kos sara hidup yang tinggi. – pru14.tv

Comments

comments

Related Post

One thought on “NGO Tidak Puas Hati Tengku Adnan Hanya Tegur Restoran Mamak Sahaja

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*