Masalah PPBM Mula Membengkak, Pengasas Umum Keluar Parti Hari Ini

Share This:

Sungguh tak sangka apabila parti yang diketuai oleh bekas Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad, PPBM dilanda badai konflik dalaman yang begitu besar walaupun baru ditubuhkan.

Hari ini, Setiausaha Kerja PPBM, Kamarul Azman Habibur Rahman dalam satu sidang media di ibu negara mengumumkan beliau keluar dari parti itu.

Kalau anda masih ingat, Kamarul Azman ialah antara pengasas PPBM dan merupakan orang yang lantang mengkritik kepimpinan UMNO khususnya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dengan pelbagai tohmahan.

Dalam sidang media itu, beliau berkata, beliau angkat kaki dari PPBM kerana parti ciptaan Mahathir itu masih kelihatan kabur dalam perjuangan dan dilihat seperti ada agenda peribadi.

“Saya keluar bukan kerana saya tidak ada jawatan malah saya adalah ahli yang paling banyak banyak jawatan dalam parti.

“Tapi PPBM masih kabur dalam perjuangan politikuntuk negara kita.Ada masalah yang tidak ditangani dengan baik terutama adanya pemimpin dalam parti ini merasakan sudah lama dalam politik dan mengenepikan pandangan ahli lain dalam parti,” katanya.

Selepas ini, dijangka ada hampir 1,000 orang akan mengikut jejak langkah Kamarul Azman untuk keluar dari parti bermasalah itu tidak lama lagi.

Sudah beberapa bulan ditubuhkan PPBM masih belum mengumumkan jumlah sebenar ahli yang sudah berdaftar dengan mereka bimbang kerana jumlahnya terlalu sedikit jika mahu dibandingkan dengan parti-parti lain dalam negara ini.

PPBM dilihat terlalu terburu-buru mahu bergabung dengan Pakatan Harapan pembangkang biarpun baru sahaja lagi diwujudkan kerana mereka begitu mahu bertanding dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 serta mahu menjatuhkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Sepatutnya, PPBM perlu turun padang ke seluruh negara dan meninjau keperluan rakyat dan apa yang perlu diketengahkan di dalam Parlimen melalui satu-satunya wakil mereka iaitu Presiden PPBM, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Bukannya mereka pergi ke seluruh negara dan menjaja cerita fitnah berkaitan Najib dan kerajaan menghasut supaya rakyat membenci kerajaan.

Akibatnya, wujudlah ahli dan pemimpin seperti Kamarul Azman yang kecewa dengan kepimpinan yang lemah dan tidak ada hala tuju yang jelas. – pru14.tv

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*