Mahfuz Panik, Sangkal Dakwaan Mohd Amar Mahu PAS Jangan Salah Faham

Share This:

Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar menyangkal dakwaan Naib Presiden Pas, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah mengatakan beliau masih tercari-cari tempat untuk bergantung.

Mahfuz berkata, dakwaan itu adalah tidak benar dan berasa kesal dengan apa yang diperkatakan oleh Naib Presiden Pas itu.

Katanya, sejak kecil emak dan ayah mengajarnya bahawa ALLAH sahaja tempat saya bergantung.

“Tetapi sejak kebelakangan ini, rakan-rakan saya dalam Pas banyak yang salah faham dengan saya,” katanya ketika ditemui di majlis sembang santai PPBM di Pendang, Kedah, kelmarin.

Mahfuz berkata, beliau cuma nak tengok perubahan dalam negara dan seharusnya dia melakukan sesuatu dan bukan hanya mendiamkan diri.

Katanya, Pas perlu melihat kepentingan menyeluruh, bekerjasamalah dengan pakatan yang besar untuk memastikan BN tumbang pada PRU akan datang.

“Namun begitu, apa yang terjadi pada hari ini, sikap pemimpin Pas yang sebegitu menyebabkan Pas terus terpinggir dari arus perdana politik.

“Seharusnya semua parti bekerjasama tumbangkan BN. Saya tak mahu fikir untuk selamatkan parti saya (Pas). Tetapi saya mahu berfikir bagaimana cara untuk menyelamatkan rakyat,” katanya.

Menurutnya, matlamat utamanya adalah untuk membantu rakyat keluar dari pelbagai bebanan hidup yang diwujudkan kerajaan seperti perlaksanaan pelbagai jenis cukai.

“Kepada rakan seperjuangan saya di dalam Pas, jangan kata saya mencemuh Pas. Saya tidak pernah mencemuh anda, cumanya saya ingin merayu kepada mereka untuk bersama-sama maju ke hadapan.

“Saya merayu lagi sekali, jangan salah faham dengan saya, saya lakukan semua ini hanya untuk rakyat dan negara,” katanya.

Mahfuz turut mengucapkan tahniah kepada ahli PPBM yang berani berubah.

“Saya yakin PRU14 ini akan berlaku perubahan besar. Penubuhan PPBM boleh dianggap sebagai tsunami politik baharu,” katanya. – pru14.tv

Comments

comments

Related Post

One thought on “Mahfuz Panik, Sangkal Dakwaan Mohd Amar Mahu PAS Jangan Salah Faham

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*