Mahathir Jauh Lebih Teruk Berbanding Bush

Share This:

Siapa yang tidak kenal dengan nama George W Bush, Presiden Amerika Syarikat ke 43 yang bertanggungjawab menyerang Iraq hanya dengan alasan yang tidak masuk akal. Beliau juga adalah Presiden yang mempopularkan istilah “Islamophobia” hanya disebabkan oleh serangan 9 November yang telah meranapkan World Trade Center, sisi bangunan Pentagon dan mengorbankan hampir 4 ribu rakyat Amerika.

Secara tiba-tiba, Setiausaha Politik Presiden PAS, Dr Ahmad Samsuri melabelkan cara berpolitik Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tun Dr Mahathir saling tidak tumpah seperti Presiden Amerika berkenaan. Semuanya berkisar kepada ayat “If you are not with me, you are against me” (jika anda tidak bersama saya, awak adalah penentang saya).

Sebenarnya, ulasan Dr Ahmad Samsuri ini tidak begitu tepat. Jika diperhatikan sejujurnya, cara politik Mahathir sebenarnya jauh lebih teruk berbanding George W Bush. Banyak alasan yang menyokong fakta ini yang sememangnya telah diserlahkan Mahathir sepanjang penglibatan semulanya dalam arus politik negara.

Paling ketara adalah George W Bush tidak pernah mengganggu urusan pentadbiran penggantinya, Barrack Hussien Obama walaupun dasar yang diperkenalkan Obama jauh lebih lembut berbanding Bush. Malah, Bush sendiri tidak pernah menubuhkan sebuah parti politik lain hanya semata-mata mahu menentang Obama.

Malah, Bush sendiri tidak mengadakan sebarang jelajah untuk menyampaikan ceramah menjatuhkan kedudukan Obama. Sebaliknya, Mahathir yang mengumumkan perletakkan jawatannya pada 2003 dilihat sudah mencampuri urusan negara terhadap dua orang Perdana Menteri selepasnya iaitu Tun Abdullah Ahmad Badawi dan Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak.

Tidak terhad dengan mengganggu, Mahathir juga dikenalpasti sebagai salah seorang individu yang mensabotaj Pilihan Raya Umum ke 12 dan ke 13 dengan memburuk-burukkan kerajaan kepada pengundi. Tidak cukup dengan itu, Mahathir sendiri menubuhkan sebuah parti politik hanya untuk menumbangkan Datuk Seri Mohd Najib.

Mahathir juga dikenali sebagai pemimpin yang akan memenjarakan pesaingnya dengan menggunakan sepenuhnya Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Lihat sahaja berapa ramai yang pernah disumbatkan kedalam akta ini hanya kerana bertindak melawan pentadbirannya. Jika dibandingkan dengan Bush, tiada seorangpun pemimpin Demokrat, musuh Republikan pimpinannya disumbat kedalam penjara hanya kerana mengkritik tindakan Bush.

Satu-satunya persamaan antara Mahathir dan Bush adalah sikap mereka jika menyentuh tentang Islam. Bush dikenang sebagai seorang yang cukup fobia apabila menyebut tentang Islam disebabkan serangan 911. Mahathir pula, sejak dari pemerintahannya, beliau cukup anti dengan sistem perundangan Islam seperti Hudud dan RUU355.

Lihat sahaja bagaimana komen negatifnya apabila menyentuh tentang RUU355 yang begitu hangat diperdebatkan sejak tahun lalu. Namun begitu, masih ada sikap baik Mahathir berbanding Bush. Sikap berkenaan adalah Mahathir tidak pernah menghantar pasukan tentera Malaysia untuk menakluk atau mengebom mana-mana negara jika dibandingkan dengan Bush.

Maih mahu mengatakan Mahathir mencontohi Bush? Mungkin Dr Ahmad Samsuri wajar melihat semula apa yang dilakukan Mahathir sepanjang memperolehi kuasa. Tidak terhad dengan PAS, semua pesaing politiknya samada dari dalam UMNO mahupun pembangkang pernah merasai betapa “nikmatnya” bersaing atau cuba mencabar kekuasaan Mahathir sehingga hari ini.

Comments

comments

Related Post

One thought on “Mahathir Jauh Lebih Teruk Berbanding Bush

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*