Konsert Pitbull Di Malaysia 16 Mei ini

Share This:

Penyanyi antarabangsa, Pitbull akan kembali ke Malaysia untuk menjayakan konsert solonya pada 16 Mei ini.

Konsert Pitbull Climate Change Tour in Malaysia 2017 anjuran IME Malaysia itu akan diadakan pada pukul 8 malam, di Sunway Lagoon Surf Beach, Petaling Jaya, Selangor.

Kali terakhir Pitbull beraksi di Malaysia adalah empat tahun lalu di festival muzik yang menyaksikan ribuan peminat hadir untuk menonton persembahannya.

Tiket-tiket untuk menonton konsert Pitbull Climate Change Tour in Malaysia 2017 mula dijual hari ini pada harga RM498 (VIP) dan RM288 (CAT1).

Peminat-peminat boleh membeli tiket menerusi TicketCharge online di www.ticketcharge.com.my atau hubungi talian hotline + 603-92228811.

Tempat lain untuk membeli tiket konsert adalah di cawangan terpilih Speedy video, Victoria Music, Rock Corner, Chambers Music, PJ Live Arts, kaunter maklumat di pusat membeli-belah The Mines atau 1 Shamelin, Eden Ultimate (Kuantan) dan juga Blonde Brunette (Pulau Pinang).

Untuk maklumat lanjut mengenai konsert ini, sila layari @IMEAsia di Facebook, @IME_Asia di Instagram, @IMEProduction di Twitter, atau @IMEProductions di WeChat.

Sumber: Utusan Online

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*