Kartel Judi Mesin Slot Di Selangor Dimonopoli Individu Bergelar ‘Datuk’?

Share This:

Akhirnya, kerisauan yang dirasai warga Subang Jaya Selangor menjadi realiti juga. Bukan satu atau dua unit premis yang begitu aktif menjalankan aktiviti mesin slot judi haram malah ianya mungkin sudah mencecah ratusan unit.

Kartel mesin judi ini mempunya pelbagai cara untuk memperdayakan pihak berkuasa. Namun ada yang secara terang-terangan tanpa sedikit pun rasa takut kepada tindakan pihak berkuasa.

Ada yang berselindung di sebalik perniagaan ‘Hiburan Keluarga’ dan ada yang hanya untuk pelanggan tetap sahaja, umpama hanya untuk ahli. Ironinya aktiviti jenayah judi mesin slot ini seperti dilindungi oleh seseorang yang sungguh istimewa.

Menurut sumber, kartel ini mungkin di dalangi oleh individu yang juga mendapat gelaran dari istana. Pergerakan kumpulan ini nampak begitu bebas.

Modus operandi jenayah terancang sebegini boleh mengancam kestabilan dan keamanan negara. Berselindung di sebalik gelaran dari istana menyebabkan pihak berkuasa tempatan termasuk pasukan keselamatan negara, polis, sukar untuk membendung aktiviti jenayah ini dari menular.

Lebih teruk sekiranya wujud unsur penyalahgunaan kuasa dan rasuah di peringkat tertentu sehinggakan segala laporan daripada masyarakat setempat seperti tidak diendahkan.

Seperti yang pernah SkandalMalaysia dedahkan sebelum ini. Aktiviti perjudian mesin slot ini seakan tidak kenal erti kalah. Kartel ini menunjukkan sikap melawan pihak berkuasa tempatan secara terang-terangan. Rujuk di SINI. (http://skandaldimalaysia.blogspot.my/2017/04/tan-sri-datuk-dalang-aktiviti-mesin.html)

Nampaknya, pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) beri perhatian yang serius berhubung isu kartel judi mesin slot haram ini. Kartel yang nampak jelas begitu bebas di Selangor dan juga negeri-negeri lain.

Dalang ‘bergelar’ masih bebas.

-pru14.tv-

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*