Kalau Karpal Masih Hidup, Jangan Harap Mahathir Ada Tempat Dalam Pembangkang

Share This:

Jika bekas Pengerusi DAP, Karpal Singh masih hidup kini, adakah beliau akan memeluk bekas Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad seperti mana pemimpin lain dalam DAP begitu rapat berhubungan dengan Mahathir ketika ini.

Ini adalah kerana sejarah pahit Karpal yang juga seorang peguam ketika menjadi pembangkang ketika Mahathir menjadi Perdana Menteri dari 1981 hingga 2003.

Pada Oktober 1987, mendiang ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dalam Operasi Lalang dengan dakwaan terlibat melakukan ketegangan kaum di dalam negara.

Dia dibebaskan pada bulan Mac 1988 selepas membuat permohonan habeas corpus di mahkamah.

Ops Lalang dilancarkan pada 27 Oktober oleh kerajaan dikendali oleh polis di bawah Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Mahathir untuk menangkap mereka yang mengeruhkan suasana politik di Malaysia.

Antara yang ditahan bersama Karpal ialah Lim Kit Siang, Chandra Muzaffar, Datuk Lim Kim Sai dan Datuk Ibrahim Ali.

Kemudian, mendiang yang pernah menjadi Ahli Parlimen DAP Jelutong kemudian ditangkap semula di bawah ISA dan dipenjarakan sehingga Januari 1989 di bawah akta yang sama angkara Mahathir.

Karpal Sing adalah seorang yang lantang dan begitu degil jika sudah mula berhujah tidak kira di dalam mahkamah sebagai peguam, di Dewan Rakyat sebagai Ahli Parlimen ataupun dalam temubual media.

Beliau merupakan antara Ahli Parlimen yang kerap dihalau keluar oleh Speaker dan pernah digantung.

Beliau juga tidak boleh berdiam diri lama jika sudah berasa tidak puas hati dengan seseorang biarpun individu itu adalah dari rakan pakatan atau kerjasamanya sendiri.

Ketika bersama-sama dalam Pakatan Rakyat, Karpal dengan lantang mendesak bekas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya bertaubat kerana sudah menyebabkan pelbagai masalah di dalam negara ini.

Pada masa itu, Karpal berpendapat Anwar tidak layak untuk memimpin pakatan pembangkang kerana ketika itu Anwar mempromosi strategi politik untuk lompat parti.

“Jangan main-main dengan saya, saya katakan dengan sejelas-jelasnya kepada semua, Anwar Ibrahim telah menimbulkan pelbagai masalah dalam negara ini… Anwar Ibrahim harus bertaubat.

“Saya berpendapat beliau tidak layak memimpin Pakatan Rakyat, saya berfikir pakatan memerlukan seorang pemimpin yang tidak membenarkan kegiatan tidak bermoral seperti lompat parti,” katanya pada ketika itu pada tahun 2009.

Jika dilihat hubungan pahitnya dengan Mahathir selepas disumbatkan ke dalam penjara di bawah ISA, apakah Karpal akan bersetuju dengan DAP yang menjalinkan kerjasama dengan parti PPBM?

Dalam hal hubungan DAP dengan PPBM, tidak nampak banyak kelibat pemimpin dari kaum Singh yang ramai dalam DAP tetapi bersama-sama mengeluarkan kenyataan menyokong hubungan politik itu.

Ada cerita bahawa mereka sudah mula gusar dengan hubungan Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng dengan PPBM yang rata-rata dianggotai oleh musuh paling hebat mereka dulu ketika masih dalam BN.

Kalau Karpal masih hidup agaknya, jangan kata peluk, Mahathir tidak akan ada tempat langsung dalam Pakatan Harapan.

Karpal meninggal dunia dalam satu kemalangan jalan raya di Gua Tempurung, Ipoh pada 17 April 2014. – pru14.tv

Comments

comments

Related Post

One thought on “Kalau Karpal Masih Hidup, Jangan Harap Mahathir Ada Tempat Dalam Pembangkang

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*