Hadi Awang Bakal Umum Status Hubungan PAS-PKR-DAP Selangor Semasa Muktamar Di Kedah

Share This:

Muktamar Tahunan PAS ke-63 yang akan diadakan di Alor Setar Kedah, bermula 29 April bakal menjadi pentas untuk Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menamatkan spekulasi apakah status hubungan PAS, DAP dan PKR di Selangor yang ketika ini penuh tanda tanya.

Beliau sendiri sudah memaklumkan bahawa hubungan itu akan dikaji semula dan membuat keputusan adakah ia akan diteruskan atau sebaliknya nanti.

Tanda tanya begitu banyak timbul apabila PAS nampaknya begitu lantang dan berkeras enggan bekerjasama dengan DAP di peringkat Pusat tapi di negeri Selangor, mereka masih bersama-sama dalam Kerajaan Negeri Selangor.

Nyawa Pakatan Rakyat (PR) masih ada di Selangor antara, PAS-PKR-DAP biarpun sudah diisytiharkan berkubur oleh DAP satu masa dulu.

Terbaru, Abdul Hadi menggelarkan DAP seperti butir najis kepada parti PAP yang memerintah Singapura dalam satu ceramahnya di Terengganu sebelum ini.

Bagaimanapun, dalam barisan Exco Kerajaan Negeri, dua parti itu masih berhubung dan bekerjasama kerana ada tiga Exco PAS didalamnya.

Mereka ialah Datuk Iskandar Abdul Samad yang juga Pesuruhjaya PAS Selangor, Zaidy Abdul Talib dan Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi.

Berkaitan keputusan berkenaan, Setiausaha Majlis Syura Ulama PAS, Datuk Dr Nik Muhammad Zawawi Nik Salle menurut laporan BERNAMA berkata isu mengenai isu tahaluf siyasi antara PKR dan PAS akan menjadi topik perbincangan dan berkemungkinan ia akan mencapai keputusan sepakat.

Pada muktamar kali ini juga, pemilihan parti akan diadakan untuk tempoh jawatan dari 2017 hingga 2019 dan Abdul Hadi dan Timbalan Presiden Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man sudah diumumkan menang tanpa bertanding.

Ada ramalan mengatakan untuk kerusi Naib Presiden, penyandang Iskandar dikatakan bakal tersingkir dari jawatan berkenaan selepas dikatakan ia bakal dicabar oleh tiga calon lain iaitu Idris Ahmad, Nasruddin Tantawi dan Datuk Nik Mohd Amar Nik Abdullah.

Yang bakal menang, menurut pandangan ramai ialah Idris, Nasruddin dan Nik Amar menyingkirkan Iskandar.

Dikatakan Iskandar dilihat sebagai peninjau bagi PKR dan DAP untuk melihat kepincangan PAS seterusnya dijadikan modal untuk DAP menyerang parti Islam itu.

Segalanya akan ditentukan pada muktamar kali ini di Kedah hujung bulan ini. – pru14.tv

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*