Didakwa 33 Pertuduhan Rasuah, Exco Johor Mengaku Tidak Bersalah

Share This:

Exco Kerajaan Negeri Johor, Datuk Abd Latiff Bandi bersama seorang perunding hartanah dihadapkan ke mahkamah atas pertuduhan membabitkan rasuah berkaitan hartanah berjumlah lebih RM30 juta.

Memetik laporan Bernama, tertuduh bersama Amir Shariffuddin Abd Raub bagaimanapun mengaku tidak bersalah bagi kesemua 33 pertuduhan yang dibacakan secara berasingan terhadapnya.

Mengikut kertas pertuduhan, Abd Latif didakwa bersubahat dengan Amir untuk menerima rasuah daripada beberapa individu sebagai mendapatkan kelulusan pelepasan sejumlah lot Bumiputera kepada pembeli awam serta pengurangan bayaran wang sumbangan Tabung Perumahan Negeri Johor bagi projek Eco Botanic Pulai.

Amir pula dituduh menerima rasuah daripada beberapa individu sebagai upah untuk dirinya dan Abd Latif untuk melakukan transaksi yang sebenarnya dengan badan awam, iaitu mendapatkan kelulusan pelepasan pengurangan bayaran wang sumbangan tabung berkenaan.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya SPRM, Datuk Masri Mohd Daud dan Amir Nasruddin.

Abd Latff diwakili oleh barisan lapan peguam diketuai Datuk Hasnal Rezua Merican.

Mahkamah membenarkan kedua-dua tertuduh diikat jamin RM2 juta seorang dengan seorang penjamin dan pasport diserahkan kepada mahkamah sehingga selesai perbicaraan.

Hakim menetapkan 23 Mei ini untuk sebutan semula kes.

Comments

comments

Related Post

One thought on “Didakwa 33 Pertuduhan Rasuah, Exco Johor Mengaku Tidak Bersalah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*