Bakal Difilemkan, Mampukah Blok 404 Cetus Fenomena Sekali Lagi?

Share This:

Siapa masih ingat lagi dengan telefilem seram, Blok 404 arahan Silver Chung yang pernah mencetuskan fenomena sekitar tahun 2003?

Berita baik buat mereka yang menggemari telefilem ini, ia bakal menemui penonton sekali lagi dalam versi filem pula!
 
Memetik BH Online, Boy Iman atau nama sebenarnya Norul Iman Abd Rahman, 37, berkata sesi penggambaran bakal dimulakan pada bulan hadapan.
 
Selain Boy Iman, Blok 404 turut dibintangi Nabila Huda, Zamarul Hisham, Raja Azrey, Allahyarham Faizal Yusof dan Allahyarham Ahmad B.
 
 

Foto: BH Online
 
“Impak cerita ini sangat bagus suatu ketika dulu, jadi kenapa tidak kita kumpulkan semula pelakon yang masih ada? Insya-Allah kalau tiada aral melintang, ia akan dihasilkan dalam format filem dan penggambaran akan diadakan pada Mei depan. Ia juga akan mengekalkan pelakon asal seperti Nabila, Zamarul dan Raja Azrey. 
 
“Pada mulanya saya terfikir untuk mengarahkan sendiri naskhah berkenaan, tetapi selepas dipertimbangkan semula, lebih baik saya serahkan kerja pengarahan kepada orang yang lebih pakar. Berkemungkinan besar ia akan diarahkan Azma Aizal Yusoof. 
 
“Ia akan diterbitkan syarikat milik saya, DBI Entertainment, dan produksi Ahmad Idham,” katanya kepada BH Online.
 
Mampukah mereka menjayakan filem ini dan menjadikannya lebih hebat dari telefilem asalnya?

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*