Azizul Terima Insentif RM200 Ribu

Share This:

Sebagai penghargaan kepada Juara Dunia Acara Keirin 2017 di Hong Kong, Azizulhasni Awang@ Muda dihadiahkan insentif sebanyak RM200 ribu oleh kerajaan Negeri Terengganu dalam satu majlis sambutan untuk beliau yang diadakan di Wisma Darul Iman hari ini.

Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, ianya satu lagi cerita kejayaan yang telah dicipta oleh anak Terengganu dalam Sukan berbasikal bertaraf dunia.

Katanya, RM100 ribu diberi ganjaran tunai dan RM100 ribu digunakan ketika sesi latihan azizul di dalam dan luar negara nanti.

“Terpulang kepada azizul untuk gunakan wang insentif tersebut, kita bagi kebebasan kepada beliau.

“Jadi bagi pihak kerajaan negeri dan seluruh rakyat negeri Terengganu, saya merakamkan ucapan tahniah dan terima kasih atas kesudian beliau untuk bersama-sama kita pada hari ini.

Beliau berkata demikian ketika sesi sedang media yang berlangsung di Wisma Darul Iman hari ini.

Sementara itu, kerajaan negeri akan memberi insentif bulanan sebanyak RM2000 kepada atlet-atlet lain yang telah menempah untuk menjadi peserta dalam Sukan Olympik di Tokyo 2020 nanti.

-pru14.tv-

Comments

comments

Related Post

One thought on “Azizul Terima Insentif RM200 Ribu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*