Ahli Keluar PPBM Kerana Parti Dipenuhi Pemimpin Bermasalah

Share This:

Jika awal-awal sudah dikumpul pemimpin bermasalah di dalam satu parti untuk mengemudi parti berkenaan, sudah pasti ia tidak akan berjaya malahan akan membawa lebih banyak masalah lagi kepada parti dan ahli di peringkat akar umbi.

Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dikenali sudah bermasalah dari Pengerusinya lagi iaitu Tun Mahathir Mohamad. Beliau adalah seorang pemimpin yang sudah dikenalpasti sebagai seorang yang memungkiri janji.

Selepas meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri pada 2003, Mahathir sendiri berkata beliau tidak akan mencampuri urusan pentadbiran Perdana Menteri yang mengambil alih selepas beliau.

Daripada Tun Abdullah Ahmad Badawi dan kini Datuk Seri Najib Tun RAzak Mahathir terus mungkir janji dan melanggar semua prinsip yang dahulunya beliau perjuangkan melibatkan politik dan yang paling teruk sekali akhirnya beliau bersekongkol dengan DAP.

Kemudian, pemimpin kedua bermasalah dalam PPBM ialah Presidennya sendiri iaitu bekas Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Semasa menjadi Timbalan kepada Najib, Muhyiddin tidak segan menentang bosnya ketika masih berkhidmat dalam Kabinet dengan membuat pertanyaan dan menimbulkan kontroversi yang bukan-bukan memperlihatkan tentangan beliau kepada Perdana Menteri.

Selain itu, ketika menjadi Menteri Pendidikan, kontroversi melanda kepimpinan Muhyiddin apabila sistem Bestari.Net menemui kegagalan dan kerugian berbilion ringgit.

Selepas Muhyiddin, Timbalan Presiden PPBM juga bermasalah iaitu Datuk Seri Mukhriz iaitu anak kepada Mahathir dan kini adalah Timbalan Presiden PPBM.

Ketika menjadi Menteri Besar, rakyat Kedah banyak merungut ekoran ketiadaan Mukhriz di negeri itu kerana sering berulang-alik dari Kuala Lumpur ke Alor Setar.

Kesesemua pemimpin PPBM itu kini sudah menerima kerjasama rapat dengan DAP iaitu musuh utama mereka semasa mereka di dalam UMNO dan BN. Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng dianggap umpama keluarga kini dan mereka adalah sebahagian pakatan pembangkang iaitu Pakatan Harapan.

Dengan rekod kelemahan dan gaya kepimpinan yang teruk ini, sebab itulah sudah lebih 1,000 ahli PPBM gagal kekal dan sudah mengumumkan keluar dari parti itu yang pada mereka tidak lebih dari balaci DAP sahaja untuk menjatuhkan Perdana Menteri. – pru14.tv

Comments

comments

Related Post

One thought on “Ahli Keluar PPBM Kerana Parti Dipenuhi Pemimpin Bermasalah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*