Zarul Husin Kini Mula Ketagih

Share This:

Penyanyi Zarul Husin tidak menyangka mutu lakonannya dalam drama Cik Serba Tahu mendapat reaksi positif peminat sekaligus membuatkan dirinya berasa ketagih untuk berlakon lagi.

Bercakap kepada Mstar Online, Zarul mengakui sudah jatuh cinta dengan kerjaya baharunya itu.

“Memang dah mula seronok berlakon dan Alhamdulillah saya mendapat beberapa tawaran lagi.

“Namun saya tak boleh tamak untuk terima semua tawaran. Perlu ambil kira jadual nyanyian juga. Tambahan pula bidang lakonan menuntut komitmen masa yang panjang,”

“Tak sangka pula lakonan saya diterima baik penonton. Rasa ketagih nak berlakon lagi apabila cubaan pertama saya dihargai.

“Ini permulaan yang baik, saya sangat hargai sokongan dan maklum balas yang diberikan,”
ujarnya.

Bagi peminat pula, mereka tak perlu tunggu lama kerana Zarul sekali lagi bakal muncul dalam sebuah telefilem Misteri Sofa Lama pada 22 April ini di saluran Astro Ria.


“Ini lakonan kedua saya dan Alhamdulillah saya diberikan watak utama. Telefilem ini tentunya lebih mencabar kerana ia merupakan sebuah cerita seram.

“Cerita ini lebih berat, banyak mainan emosi dan ekspresi wajah. Saya cuba lakukan yang terbaik dan harap akan mendapat komen yang membina daripada penonton,” katanya.

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*